15/07/2026
NAMA KANAK-KANAK: AFIQ RAYQAL BIN ABDULLAH
ANGGARAN UMUR: 3 HINGGA 4 TAHUN
NAMA IBU KANDUNG / PENJAGA: MARYATI ISMAIL
NAMA PEGAWAI PELINDUNG: SITI QURAISHA BINTI RASHID
RINGKASAN KES:
Dimaklumkan bahawa Jabatan telah menerima rujukan kes kanak-kanak daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (Cawangan Dang Wangi) dimana semasa operasi dan tangkapan dilakukan terdapat seorang kanak-kanak lelaki tanpa dokumen pengenalan berada bersama seorang lelaki dewasa yang bernama Bezelieel Maumere bin Johan. Dimaklumkan kanak-kanak merupakan anak kandung kepada lelaki dewasa terbabit namun tiada sebarang dokumen dapat dikemukakan bagi mengesahkan maklumat yang diberikan. Berdasarkan maklumat yang diterima kanak-kanak mempunyai dua orang adik-beradik lain yang kini berada dalam jagaan ibu kandung.
Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah Seksyen 17(1)(c) dan 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan sementara dalam jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) mulai 10 Julai 2026 hingga 24 September 2026 bagi tujuan siasatan Pelindung selanjutnya.
Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung dan waris kanak-kanak hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Aras 18, Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi Pelindung kes ini iaitu Puan Siti Quraisha binti Rashid melalui talian 03-4010 4156 atau e-mel [email protected] agar dapat membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
Disediakan oleh:
Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh: 14 Julai 2026