14/05/2026
🐱 Jangan Berhenti Bagi Ubat Walaupun Kucing Nampak Makin Sihat!
Ramai owner rasa bila kucing dah aktif, dah makan atau nampak makin baik… ubat boleh stop terus 😿
Sebenarnya, itu boleh buat penyakit datang semula atau jadi lebih teruk.
Kenapa perlu habiskan ubat? 👇
• 💊 Kuman belum hilang sepenuhnya
Walaupun simptom dah kurang, bakteria/virus mungkin masih ada dalam badan.
• 🔁 Penyakit boleh datang balik
Berhenti awal boleh menyebabkan kucing sakit semula selepas beberapa hari.
• ⚠️ Jangkitan jadi lebih susah dirawat
Terutama antibiotik — kuman boleh jadi “kebal” jika ubat tak dihabiskan.
• 🐾 Proses pemulihan belum lengkap
Kadang badan nampak sihat luarannya sahaja, tapi organ atau dalaman masih belum pulih.
• ❤️ Habiskan ubat bantu kucing sembuh sepenuhnya
Ikut dos dan tempoh yang vet beri untuk hasil rawatan yang terbaik.
📌 Jika kucing muntah ubat, susah makan ubat atau ada reaksi pelik, jangan stop sendiri .Hubungi vet dahulu ya.