Bazaar Ramadhan

Bazaar Ramadhan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bazaar Ramadhan, Johor Bahru.

02/04/2021

Sila update jualan anda disini dan nyatakan lokasi bazaar ya...mudah mudahan murah rezeki anda di bulan ramadhan nanti

Jom camping kat otternest...mcm best jer.
10/06/2020

Jom camping kat otternest...mcm best jer.

Hujung minggu ni apa kata kita camping di Otternest Camp,gunung pulai 2.
Kita boleh camping,Hiking,Jungle Trekking,dan Night Walk di dalam hutan.
Kat dalam camp pulak kita boleh jalan atas pokok ( High Rope +Zipline ) . Tgh macam senang tapi bagi korang yg beginners ni mmg mencabar.
Habis main High Rope ...kita boleh archery,Main Bola,Tarik Tali atau Ping Pong.
Malam kita campfire berbumbungkan bintang bintang di langit....mmg menenangkan jiwa.
Camna kalau hujan...jgn risau dia orang ada Big Tent.
Makanan dia orang semua sedap sedap .Kalau korang s**a pedas,Boleh lah mintak pedas.
Kalau korang camping sini..keselamatan tak payah risau...camp ni berpagar dan 24jam dikawal.
Selain tu ada juga Rottweiler Guard Dog ... kalau tak salah namanya Bobby.
Kat otternest camp ada banyak binatang tau.Anak monyet,Angsa,Ayam Kampung,itik dan Bobby the Rotweiler Guard Dog.
Kalau waktu pagi ada sepasang Burung Kenyalang Liar akan bertenggek di atas pokok tinggi di pinggir Camp.Kuat Giler bunyinya...nyanyi kot.
Kalau pagi pagi biasanya ada kumpulan besar Monyet,ungka dan lotong keluar mencari makan dan pulang petang melintasi camp.
Satu lagi yg paling best kalau korang mandi 12 malam ..sumber air camp ni adalah dr atas gunung.Yg pasti Tak sama sumber air dgn gunung pulai 1.
Yang paling best Staf Otternest semua mesra alam.Jangan lupa order jemput jemput ikan bilis bawang cicah sambal cilipadi.Fuhh tak boleh lupa sedapnya.Berapi.
Jom Camping.





25/04/2020

Buka Apa Tadi

21/12/2018
09/05/2018

Discover HRDC-Claimable Corporate Experiences in Malaysia for Team Building, Retreats, and Trips with a Positive Impact.

Jom ke Lovely Kids & Family expo di plaza angsana pd 9-12 April 2015
23/03/2015

Jom ke Lovely Kids & Family expo di plaza angsana pd 9-12 April 2015

10/06/2014
10/06/2014

PINDAAN ENAKMEN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR 2014

NUSAJAYA, 9 Jun -- Berikut adalah senarai 10 pindaan dalam lapan fasal Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014:

Fasal 4 (1) (d) Keanggotaan Lembaga;
Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga yang dilantik oleh Raja

Dipinda
Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga yang dilantik oleh Raja atau Menteri Besar.

Fasal 4 (2) Keanggotaan Lembaga Seseorang anggota;
Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia tidak terlebih dahulu meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu diberhentikan oleh Raja.

Dipinda
Seorang anggota Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Raja atau Menteri Besar.

Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga;
Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan oleh Raja.

Dipinda
Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun yang ditentukan oleh kehendak Pihak Berkuasa Negeri.

Fasal 7 Kuasa Untuk Menubuhkan Perbadanan;
Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa, dengan keputusan Raja, menubuhkan suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

Dipinda
Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, menubuhkan suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan oleh Lembaga.

Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pengkhidmat;
Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja.

Dipinda

Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.

Fasal 26 (2) Kewangan;
Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk berserta butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah sebelum permulaan September setiap tahun memberitahu Lembaga berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara amnya ataupun untuk jumlah yang dibenarkan setiap perbelanjaan.

Dipinda
Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk dan berserta butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah sebelum permulaan bulan September memberitahu Lembaga berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan am atau untuk jumlah yang dibenarkan setiap jenis perbelanjaan.

Fasal 32 (3) Tahun Kewangan dan Akaun Beraudit;
Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan dirujuk dalam Seksyen 34.

Dipinda
Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri, bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan merujuk Seksyen 34.

33 (1) Siasatan Terhadap Akaun;
Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urusniaga Lembaga.

Dipinda
Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urusniaga Lembaga.

Fasal 34 (1) Laporan Tahunan;

Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri suatu laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lepas.

Dipinda
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lepas.

Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran;
Raja boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya Lembaga digulung dan dibubarkan.

Dipinda
Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya Lembaga digulung dan dibubarkan. - Bernama

05/06/2014

Kalau Ada katira abu bakar mesti best

Lokasi Bazaar Dihadapan Rumah Kedai
26/05/2014

Lokasi Bazaar Dihadapan Rumah Kedai

15/05/2014

BAZAAR RAMADAN 2014....THE BEST FOOD HERE.

Address

Johor Bahru

Opening Hours

16:00 - 19:30

Telephone

+60143382599

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bazaar Ramadhan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share