14/03/2026
Cuti raya seminggu memang seronok. Tapi untuk ‘anak bulus’ di rumah, ia boleh jadi mimpi ngeri.
Jangan biarkan mereka jadi “Mangsa Sunyi” kelaparan dan kehausan waktu kita sakan beraya di kampung!
Haiwan peliharaan BUKAN perabot rumah yang boleh ditinggalkan, kunci pintu, dan diharap pandai hidup sendiri. Mereka perlukan makan, minum, tempat bersih, dan pengudaraan setiap hari.
Bagi kita, ini cuma cuti.
Bagi mereka yang terkurung, ini tempoh yang sangat stres.
Tolong jadi ‘parents’ yang bertanggungjawab. Kalau nak balik kampung lama, buat 10 persediaan awal ini:
✅ 1. Cari ‘Pet Sitter’ / Jiran: Minta tolong tengokkan, beri makan & bersihkan ‘litter box’ setiap hari.
✅ 2. Bekalan Cukup: Jangan main agak-agak. Sediakan makanan & air lebih dari mencukupi.
✅ 3. Keselamatan Ruang: Sorokkan wayar elektrik, pastikan tiada ruang yang boleh buat mereka tersepit.
✅ 4. Pengudaraan: Rumah tertutup akan jadi panas membahang bak ketuhar! Pastikan ada udara keluar masuk.
✅ 5. Nombor Vet: Tinggalkan nombor klinik veterinar pada penjaga, in case ada kecemasan.
Nak hantar ‘Pet Hotel’ / Pusat Jagaan? Boleh, tapi semak dulu:
🏨 6. Pilih dengan Teliti: Jangan asalkan murah. Kaji review staf mereka.
🏨 7. Lawat Dulu: Pergi tengok kebersihan sangkar.
🏨 8. Maklumkan Perangai: Beritahu kalau kucing/anjing anda garang, penakut, atau ada sakit/alahan.
🏨 9. Bawa Barang ‘Familiar’: Bawa selimut, mainan atau bekas makan mereka untuk kurangkan stres.
🏨 10. Booking Awal: Jangan tunggu malam raya baru nak cari pet hotel, memang semua dah ‘fully booked’
Sayang haiwan bukan masa kita ada di rumah je. Sayang juga bermaksud merancang penjagaan mereka bila kita tiada. Sila kongsikan pesanan ini kepada semua geng pencinta haiwan!