25/10/2021
Apa itu Brine Shrimp, Fairy Shrimp dan Sea-Monkey?
Okey komrad, memandangkan aku tengah sibuk bereksperimen dengan BBS ni, aku nak buat penulisan sikit pasal binatang 'crustaceans' ni.
Pertama, shrimp atau udang kecil yang kita selalu bagi makan pada ikan laga kesayangan kita ni ada 3 jenis yang terkenal. Mereka adalah Brine, Fairy dan Sea-Monkey.
Mereka ni berbeza ke? Jawapan nya adalah ya.
Dari segi nama saintifik, brine shrimp adalah Artemia, fairy shrimp adalah Anostraca dan Sea-Monkey p**a adalah Artemia NYOS.
Sea-Monkey
Untuk pengetahuan korang, Sea-Monkey adalah baka brine shrimp yang dihibrid dan dicipta pada tahun 1957 oleh Harold Von Braunut, seorang pegawai pemasaran dan pencipta. Korang kena baca kisah sejarah Harold ni, memang best dan surreal. Sea-Monkey ni tiada habitat asal dan kalo korang tengok dalam gambar dibawah, di USA, diaorg buat Sea-Monkey ni macam 'pet' atau haiwan perliharaan yang siap ada kit dia sendiri. Jadi, Sea-Monkey ni takkan dijumpai dia kawasan semula jadi.
Fairy Shrimp
Ok sekarang kita bercerita p**a pasal Fairy shrimp atau selalu djual dengan nama Egg Fairy (telur/cyst). Fairy shrimp ni berbeza dengan brine shrimp dari segi habitat, saiz, dan kondisi air. Fairy shrimp ni ada 300 species yang wujud di pelusuk dunia. Fairy shrimp hidup di kawasan tasik atau kolam air tawar yang pH level diantara 7 ke 7.6. Makanan dia benda-benda mudah macam tumbuhan reput, infusoria, algae, bacteria, rotifers dan protozoa. Boleh membesar sehingga 25mm dan jangka hayat sehingga 8 minggu.
Brine Shrimp
Last but not least, yang famous dikalangan peminat ikan laga, Brine Shrimp. Selalu player/breedef akan guna BBS atau Baby Brine Shrimp sebagai sumber makanan anak ikan laga atau fry. Diaorang ni hidup dalam air laut masin yang mempunyai tahap 'salinity' yang agak tinggi. Selalu berwarna oren ke merah-merahan. Boleh membesar sehingga 15mm bila mencapai umur dewasa. Brine shrimp makan 'microscopic plantonic alage' tapi boleh juga diberi makan algae, yis, tepung gandum, serbuk soya dan kuning telur. Mereka boleh hidup selama 6 bulan selepas menetas jika kondisi air mencapai tahap piawaian mereka.
Ok, sekarang kita dah boleh beza apa itu Brine shrimp, fairy shrimp dan Sea-Monkey. Bila kita faham pasal diaorg ni, harapnya kita boleh tahu bezakan bila nak beli, guna dan biakkan mereka.
Apa-apa pertambahan atau pandangan, silalah ke komen. Moga bermanfaat.
Bbs project 101,
7FBH
www.sevenfighterbettahouse.com