Fakulti Perubatan Veterinar

Fakulti Perubatan Veterinar Laman Facebook Rasmi Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA

PROGRAM KESIHATAN MENTAL Telah berlangsung sesi ceramah bertajuk “Kekal Sihat Mental Dalam Dunia Kerja Yang Mencabar” ya...
05/08/2026

PROGRAM KESIHATAN MENTAL

Telah berlangsung sesi ceramah bertajuk “Kekal Sihat Mental Dalam Dunia Kerja Yang Mencabar” yang telah disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Puan Nor Syuhada Farhanis Binti Hashim daripada Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HoSZA). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental serta membina daya tahan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT ATLET SUKUM FPV!Semoga berjaya En. Muhammad Zulhairi Bin Mohd Nawi (Penolong Pegawai Veterinar, F...
04/08/2026

SELAMAT MAJU JAYA BUAT ATLET SUKUM FPV!

Semoga berjaya En. Muhammad Zulhairi Bin Mohd Nawi (Penolong Pegawai Veterinar, FPV)

PROGRAM KESIHATAN MENTAL:Kekal Sihat Mental Dalam Dunia Kerja Yang Mencabar yang akan disampaikan oleh Pegawai Psikologi...
04/08/2026

PROGRAM KESIHATAN MENTAL:

Kekal Sihat Mental Dalam Dunia Kerja Yang Mencabar yang akan disampaikan oleh Pegawai Psikologi Puan Nor Syuhada Farhanis Binti Hashim dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HoSZA.

20/07/2026

MAJLIS PERASMIAN PAPAN TANDA FPV

FPV, UniSZA telah mengadakan Majlis Perasmian Papan Tanda BMU FPV, UniSZA pada 16 Julai 2026 di UniSZA Kampus Besut. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, bersama YBrs. Dr. Tan Check Nam, Ketua Pengawai Eksekutif, Vet Partners (M) Sdn. Bhd., sebagai simbol penghargaan dan pengukuhan kerjasama strategik antara pihak universiti dan industri dalam menyokong kecemerlangan akademik serta pembangunan pendidikan di UniSZA.

FPV, UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Vet Partners (M) Sdn. Bhd. di atas sumbangan penajaan papan tanda Bilik Mesyuarat Utama (BMU) FPV, UniSZA.

Penajaan ini mencerminkan komitmen pihak industri dalam menyokong pembangunan pendidikan, kemudahan serta pengukuhan identiti institusi pengajian tinggi. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pihak pengurusan Fakulti Perubatan Veterinar, warga FPV serta wakil daripada Vet Partners (M) Sdn. Bhd.
Semoga kerjasama erat antara UniSZA dan Vet Partners (M) Sdn. Bhd. akan terus diperkukuh demi manfaat bersama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan industri.

Vet Partners Veterinary Clinic

MAJLIS PERASMIAN PAPAN TANDA FPVFPV, UniSZA telah mengadakan Majlis Perasmian Papan Tanda BMU FPV, UniSZA pada 16 Julai ...
19/07/2026

ANIMAL TALK SERIES 3: VET PARTNERS MALAYSIA

Fakulti Perubatan Veterinar, UniSZA telah menganjurkan Animal Talk Series 3: Vet Partners Malaysia pada 16 Julai 2026 di UniSZA Kampus Besut. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil-wakil daripada Vet Partners (M) Sdn. Bhd., iaitu: Dr. Tan Check Nam, Dr. Lee Ee Liang, Encik Goh Kah Wei and Encik Lim Shiang Swee.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Lee Ee Liang kepada para pelajar Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan (SMPKH) FPV, UniSZA melalui dua topik utama:

🔹 Your Role, Your Future: Para-professional in the Animal Industry
🔹 Building Clinical Practice, Talent and the Future of Veterinary Care

Perkongsian ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan para-profesional dalam industri haiwan, pembangunan bakat, serta hala tuju masa depan penjagaan haiwan kesayangan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri, di samping meningkatkan persediaan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Vet Partners Veterinary Clinic

ANIMAL TALK SERIES 3: VET PARTNERS MALAYSIAFakulti Perubatan Veterinar, UniSZA telah menganjurkan Animal Talk Series 3: ...
19/07/2026

ANIMAL TALK SERIES 3: VET PARTNERS MALAYSIA

Fakulti Perubatan Veterinar, UniSZA telah menganjurkan Animal Talk Series 3: Vet Partners Malaysia pada 16 Julai 2026 di UniSZA Kampus Besut. Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran wakil-wakil daripada Vet Partners (M) Sdn. Bhd., iaitu: Dr. Tan Check Nam, Dr. Lee Ee Liang, Encik Goh Kah Wei and Encik Lim Shiang Swee.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Lee Ee Liang kepada para pelajar Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan (SMPKH) FPV, UniSZA melalui dua topik utama:

🔹 Your Role, Your Future: Para-professional in the Animal Industry
🔹 Building Clinical Practice, Talent and the Future of Veterinary Care

Perkongsian ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan para-profesional dalam industri haiwan, pembangunan bakat, serta hala tuju masa depan penjagaan haiwan kesayangan.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri, di samping meningkatkan persediaan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Vet Partners Veterinary Clinic

Terima kasih BERNAMA UniSZA–Vet Partners Capai Persefahaman, Perkasa Pendidikan dan Industri VeterinarKuala Nerus, 15 Ju...
17/07/2026

Terima kasih BERNAMA

UniSZA–Vet Partners Capai Persefahaman, Perkasa Pendidikan dan Industri Veterinar

Kuala Nerus, 15 Julai 2026 – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) terus memperkukuh jaringan kolaborasi industri melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Vet Partners (M) Sdn. Bhd. dalam satu majlis yang berlangsung di UniSZA Kampus Gong Badak, hari ini. Kerjasama strategik ini merupakan antara inisiatif yang signifikan dalam memperkasa pendidikan veterinar, penyelidikan berimpak tinggi serta pembangunan bakat yang kompeten dan berdaya saing selaras dengan keperluan industri semasa.

Kolaborasi antara UniSZA dan Vet Partners (M) Sdn. Bhd. dijangka bakal menjadi platform kukuh untuk meningkatkan peluang latihan industri, pembangunan bakat, perkongsian kepakaran profesional serta pelaksanaan program akademik dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada pelajar, pensyarah dan pihak industri.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Pelan Strategik UniSZA (PSU) 2023–2030 melalui pelaksanaan beberapa Strategi Teras (ST) utama, iaitu ST1: Graduan Kalis Masa Depan menerusi Strategi Pelaksanaan (SP) 1: Kurikulum Tersedia Masa Hadapan dan SP3: Pendidikan Anjal Berteraskan Nilai (FlexS); ST2: Penyelidikan Berimpak Tinggi melalui SP1: Kecemerlangan Kesarjanaan Penyelidik dan Bakat serta SP4: Kolaborasi Bernilai Tinggi; ST5: Khalifah Masa Depan menerusi SP2: Kepimpinan Tauhidik dan SP4: Minda Keusahawanan dan Industri; serta Strategi Khas (SK): Kemampanan Kewangan melalui SP3: Wakaf, Zakat, Endowmen dan Infak.

Kerjasama ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan yang Layak dan Pertumbuhan Ekonomi), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) serta SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat).

Antara fokus utama kerjasama yang dipersetujui melalui MoU ini ialah kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menyediakan platform bagi memperkukuh aktiviti pengajaran, pembelajaran dan latihan praktikal, termasuk latihan industri, pendedahan klinikal, amali veterinar serta latihan pengendalian pesakit haiwan kepada para-profesional veterinar. Kerjasama ini turut merangkumi perkongsian kepakaran dan pemindahan ilmu dalam aspek amalan klinikal veterinar, diagnostik, rawatan, pengurusan pesakit haiwan serta kebajikan haiwan. Selain itu, kedua-dua pihak turut akan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kesihatan haiwan, amalan klinikal veterinar, diagnostik serta usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan veterinar. Kerjasama ini juga terbuka kepada pelaksanaan bidang-bidang lain yang dipersetujui bersama dari semasa ke semasa bagi memperkukuh hubungan strategik antara UniSZA dan Vet Partners (M) Sdn. Bhd.

Bagi pihak UniSZA, MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor dan YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff Binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), manakala bagi pihak Vet Partners (M) Sdn. Bhd. p**a telah ditandatangani oleh YBrs. Dr. Tan Check Nam, Ketua Pegawai Eksekutif dan YBrs. Dr. Lee Ee Liang, Ketua Pegawai Perubatan.

Turut hadir bagi pihak UniSZA ialah Encik Muzafar bin Mohd Din (Pendaftar), Encik Suhaili bin Mohd (Bendahari), Puan Norulhuda binti Makhtar (Ketua Pustakawan), Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany (Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan) serta Ts. Dr. Mohd Faizal bin Hj. Ghazali (Dekan Fakulti Perubatan Veterinar). Para pensyarah, pegawai kanan, staf FPV dan Yang Dipertua PMVET FPV, Saudara M. Shafiq bin Saipul Bahri mewakili pelajar-pelajar FPV .

Delegasi Vet Partners (M) Sdn. Bhd. turut dihadiri oleh Encik Goh Kah Wei (Ketua Pegawai Operasi) dan Encik Lim Shiang Swee (Pengurus Pembangunan Perniagaan). Delegasi ini turut menyumbang sebanyak RM20,000.00 kepada pihak FPV sebagai penganugerahan kepada pelajar SMPKH cemerlang di FPV.

UniSZA menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan veterinar yang lebih progresif dan berdaya saing, di samping memperkukuh hubungan antara universiti dan industri dalam melahirkan graduan berkualiti serta mempertingkat impak penyelidikan dan inovasi negara.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
Vet Partners Veterinary Clinic
Fakulti Perubatan Veterinar

UniSZA, MoU, Vet Partners, Naib Canselor, penyelid

UniSZA–Vet Partners Capai Persefahaman, Perkasa Pendidikan dan Industri Veterinar.
15/07/2026

UniSZA–Vet Partners Capai Persefahaman, Perkasa Pendidikan dan Industri Veterinar.

Address

Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA Kampus Besut
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Perubatan Veterinar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category