Bima Aquaculture

Bima Aquaculture Bima Aquaculture

10/06/2026

Anak Puyu Saiz Macam ni..Tak perlu risau dah pasal mati..

Insha Allah jaga air elok..Makan cukup cepat besar..

Ni anak ikan puyu yang kami bekalkan ke Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam dan Hutan Melintang

Untung yang grab Anak Ikan dari Kedai Sumber Unggas..Mmg mega2 dah saiznya..Puas hati kena dengan harga
Nak.mula.ternak..Suka s**a dulu..Seronok nanti Mana tahu boleh jana pendapatan...Kann..

πŸ‡²πŸ‡Ύ DAULAT TUANKU πŸ‡²πŸ‡ΎMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Mah...
01/06/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ DAULAT TUANKU πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, kebahagiaan serta keberkatan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan memimpin negara tercinta.

✨ Daulat Tuanku ✨ Raja Berdaulat, Negara Sejahtera ✨ Rakyat Bersatu, Negara Maju

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘‘

30/05/2026

Hantar Benih Ikan Puyu Padu ke Kedai Sumber Unggas Sabak Bernam Dan Hutan Melintang

Dapatkan anak ikan puyu yang Insha Allah ternak bela hidup semua..Cepat besar.. Hari hari seronok tgk bagi makan.
Nak ternak sikit nak ternak banyak..Boleh tempah di Kedai Sumber Unggas ya

Gembira pelanggan-pelanggan dapat anak ikan keli yang ditempah..ada 500 ekor ada 1000 ekorPakej pemula yang berbaloi unt...
27/05/2026

Gembira pelanggan-pelanggan dapat anak ikan keli yang ditempah..ada 500 ekor ada 1000 ekor
Pakej pemula yang berbaloi untuk Tuan Puan semua..500 ekor RM80.00..Beli balik terus boleh ternak...

27/05/2026

Alhamdulillah..Happy tengok pelanggan dapat anak ikan keli yang ditunggu-tunggu.
Kita beri yang terbaik..Kualiti anak ikan yang tinggi.. Terima kasih semua pelanggan.
Untuk tempahan boleh dapatkan di Kedai Sumber Unggas Hutan Melintang & Sabak Bernam ya...

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbana...
26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan sebagaimana kisah agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Semoga Aidiladha kali ini membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua, mengeratkan ukhuwah, menyemai rasa syukur serta meningkatkan sifat prihatin dan peduli terhadap insan di sekeliling.

Raikan Hari Raya Korban ini dengan hati yang tenang, jiwa yang bersih dan penuh keinsafan. Semoga setiap ibadah, doa dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 2026
πŸ•Œ 10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada Bima Aquaculture

Benar kata Menteri kita...Nak capai cukup dan terjamin..boleh bermula dari rumah kita lagi..ada kawasan sikit..Kita manf...
24/05/2026

Benar kata Menteri kita...Nak capai cukup dan terjamin..boleh bermula dari rumah kita lagi..ada kawasan sikit..Kita manfaatkan..

Ternaklah..Tanam lah..Peliharalah..Di Bandar pun boleh..Di Desa apatah lagi..kan..Yang penting rajin dan berusaha..Dan ini jugalah yang diamalkan oleh negara-negara jiran kita..Manfaatkan ruang yang ada dirumah kita dengan Penternakan dan Pertanian

Bila ada sedikit ternakan dan sayur-sayuran di sekeliling rumah, bila nak masak kita boleh terus tuai ikut keperluan. Tak perlu banyak, asalkan ada usaha dan kesungguhan. Dapat jimat belanja dapur, makanan pun lebih segar dan kita makan hasil daripada tangan sendiri.

Tak perlu tunggu ada tanah luas atau modal besar. Mulakan dengan apa yang ada dan ikut kemampuan. Pokok cili, serai, kunyit, daun pandan atau beberapa ekor ikan dan ayam pun sudah cukup bagi manfaat.

Yang penting budaya berusaha dan rajin itu terus hidup dalam masyarakat kita.



23/05/2026

Macam mana setting kolam tanah untuk anak ikan..

Jom kami share dengan anda..

23/05/2026

🌱 TAK PERLU KOLAM BESAR, HASIL AZOLLA BOLEH BERGANDA 🌱

Universiti Putra Malaysia menerusi Putra Science Park tampil dengan inovasi VERSMAP UPM, sistem rak bertingkat moden untuk penanaman azolla yang lebih efisien, tersusun dan menjimatkan ruang. 🚜✨

Inovasi hasil penyelidikan Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin dari Fakulti Kejuruteraan, UPM ini mampu membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran azolla sehingga 4 kali ganda berbanding kaedah biasa. πŸ“ˆπŸŒΏ

Azolla yang kaya protein dan nutrien semula jadi sangat sesuai dijadikan makanan alternatif untuk ikan, ayam, itik dan ruminan. πŸŸπŸ”πŸ„

🌍 Digunakan meluas di negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam dan China, kini Malaysia turut membuktikan kemampuan menghasilkan teknologi pertanian moden yang praktikal dan berimpak tinggi.

βœ… Jimat ruang
βœ… Mudah diurus
βœ… Produktiviti lebih tinggi
βœ… Kurangkan kos makanan ternakan
βœ… Sesuai untuk penternakan moden & lestari

VERSMAP bukan sekadar rak tanaman, tetapi langkah baharu ke arah pertanian pintar dan masa depan agro makanan negara. 🌾

Address

Akademi Unggas Parit 18 Sg Sumun
Hutan Melintang
36300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bima Aquaculture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share