22/04/2026
Semalam bukan sekadar satu majlis, semalam adalah satu permulaan besar.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan bangga, Akademi Unggas akhirnya telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBhg. Datuk Hj Khairuddin Bin Tarmizi, Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merangkap Ketua Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Bagan Datuk. Apa yang bermula sebagai usaha kecil sejak 2019 dalam latihan, konsultasi dan pembekalan, kini melangkah ke satu fasa baru yang lebih tersusun, lebih berimpak, dan lebih jauh visinya.
Akademi ini bukan hanya tentang ayam, itik, puyuh, terung atau timun, tapi tentang membina ilmu, membuka peluang, dan mengubah kehidupan komuniti melalui pendidikan dalam bidang penternakan dan pertanian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pengarah serta pegawai-pegawai agensi yang hadir memberikan tanda sokongan terhadap penubuhan Akademi Unggas ini. Kehadiran dan sokongan anda amat bermakna dalam mengukuhkan usaha pembangunan komuniti melalui pendidikan dan latihan.
Seterusnya, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung dan tidak langsung, daripada tenaga kerja di belakang tabir, rakan strategik, para penceramah, rakan kolaborator dari universiti, serta syarikat-syarikat yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Setiap satu memainkan peranan penting dalam merealisasikan impian ini.
Kami percaya, ini baru permulaan.
Langkah kecil semalam, insyaAllah akan menjadi gelombang besar untuk masa depan industri agro dan komuniti penternak di Malaysia.
Stay tuned, lebih banyak program, kursus dan peluang akan datang ๐ช๐ป