28/05/2025
𝑺𝒀𝑼𝑲𝑼𝑹 & 𝑻𝑨𝑯𝑵𝑰𝑨𝑯: 𝑲𝑬𝑱𝑨𝒀𝑨𝑨𝑵 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑰𝑵𝑲𝑼𝑩𝑨𝑻𝑶𝑹 𝑷𝑬𝑳𝑨𝑫𝑨𝑵𝑮𝑵𝑰𝑻𝑨 𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑶𝑹
Alhamdulillah, Program Inkubator Peladangnita Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat, komitmen dan kerjasama semua pihak.
Program ini telah membuka ruang dan peluang kepada para usahawanita tani di Selangor untuk meningkatkan ilmu kepimpinan, kemahiran dan jaringan dalam bidang pertanian moden.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam program ini terutamanya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang telah menyalurkan dana untuk pelaksanaan program dan tidak lupa kepada penceramah serta mentor hebat yang telah mencurahkan ilmu, masa dan tenaga sepanjang program berlangsung. Tanpa anda, kejayaan ini tidak mungkin tercapai.
📌 Laporan penuh program kini tersedia.
Laporan ini memuatkan maklumat berkaitan pelaksanaan, impak dan pencapaian program sepanjang tempoh berlangsung. Ia boleh dijadikan rujukan bersama untuk tindakan susulan dan penambahbaikan masa hadapan.
📥 https://anyflip.com/emyvf/zxwq/
Kami percaya, ini hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan Peladangnita di Selangor dan seluruh negara. Mari kita teruskan langkah memperkasakan wanita.
Tahniah Aishah Zakariah & Suhaidy Shuib di atas kejayaan dan impak program ini.
𝘿𝙚𝙨𝙠𝙧𝙞𝙥𝙨𝙞
Buku laporan Program Inkubator Peladangnita Selangor (PERANTIS 2024) merupakan dokumentasi menyeluruh mengenai pelaksanaan satu inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkasa kepimpinan wanita dalam sektor pertanian dan keusahawanan agro. Program ini dirangka dengan pendekatan berasaskan model mentor-mentee, melibatkan penyertaan aktif wanita dari pelbagai industri sektor pertaian di Negeri Selangor.
Laporan ini mengandungi pelbagai komponen utama seperti objektif program, sasaran peserta, kaedah pelaksanaan, senarai bengkel serta sesi bimbingan yang dilaksanakan secara bersemuka dan atas talian. Ia juga menampilkan senarai pembimbing (coach), tokoh perantis inspirasi, serta pencapaian dan ulasan prestasi berdasarkan empat bengkel utama yang dijalankan. Melalui pendedahan dalam aspek kepimpinan, penampilan diri, komunikasi dan perancangan strategik, laporan ini menampilkan kesan langsung kepada perkembangan peserta dari segi keyakinan diri, kemahiran profesional, dan jalinan rangkaian.
Dilengkapi dengan maklum balas peserta dan kajian impak, buku ini turut memaparkan kisah kejayaan peserta yang mendapat manfaat langsung daripada program. Ia menjadi rujukan penting kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menilai keberkesanan program, di samping menyokong pelaksanaan berterusan inisiatif yang menyasarkan wanita dalam sektor pertanian.
Check LAPORAN PROGRAM INKUBATOR PELADANGNITA NEGERI SELANGOR (PERANTIS 2024) from Aishah Zakariah here. Like LAPORAN PROGRAM INKUBATOR PELADANGNITA NEGERI SELANGOR (PERANTIS 2024)? Just add LAPORAN PROGRAM INKUBATOR PELADANGNITA NEGERI SELANGOR (PERANTIS 2024) of Aishah Zakariah to My Favorites. Emb...