Gang Bulus Comot Geli2

Gang Bulus Comot Geli2 I'm pets lover..😍😍

22/10/2023
19/07/2023

Pau Sambal @ Burger Sambal πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜πŸ˜

Resepi Pau Sambal.

1pkt yis
1 cawan air suam
2 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat
3 cawan tpg gandum ( mak ngah guna tepung roti )
2 sudu mkn butter/ margerine
1 biji telur
Secubit Garam

Campur semua bahan dan uli sampai doh jd elestik atau doh dh licin dan cantik.
Adun doh tu dlm 10minit atau 15minit untuk hasil yg cantik. ( mak ngah guna BM & uli 30 minit )

Rehatkan 10 minit doh biar jadi 2Γ—ganda dari asalnya. Bila doh dh mengembang,
Bentuk kan doh tadi jd bulat2.
Susun kat loyang yg telah di taburkan dengan tepung* untuk mengelakkan doh melekat kt loyang.
Rehatkan dlm 10minit atau tunggu saiznya dh 2Γ—ganda.

Panaskan minyak dgn api sederhana.
Bila doh dh kembang, sedia untuk digoreng.
Biar masak sebahagian itu baru lah terbalikkan ya.

Bahan2 untuk Sambal Tumis.

Cili kering - agak2 dlm segengam
Bawang besar- 4biji
Bawang putih- 4 ulas
*ikut banyak mana yg diperlukan ya untuk buat sambal.. kalau nk lebih..lebihkan bahan2 nya.
Garam dan gula pasir secukup rasa.
*Daun pandan untuk aroma wangi.

Panaskan minyak
Blender bahan2 tadi tumis hingga pecah minyak dan btl2 garing.
Dah ok masukkan gula dan garam dan biarkan masak hingga sambal itu kering.
Dah siap....
Nak sedap lg goreng ikan bilis taburkan kt sambal tadi.

Tips.
Untuk hasilkan sambal yang tahan lama dan sedap. Masak dlm lingkungan 4 -6jam bergantung pada banyak mana sambal itu.

Bila semua dah siap.. pau dan sambal dh siap jadi belah kan pau tu sapukan sambal tu kt tengah2 pau dan letak timun.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

Foto & Air Tangan : Noor Baini Bakar
Sumber : Pak Cik Google

04/07/2023

smlm punya dh licin makan dengan ayam goreng crispy so hr ni kt buat lg..mudah disediakan dan pstinya sedap..ramai yg tny resepi so nad sertakn rsepi dbawahπŸ‘‡
bahan2:
*cili padi kampung hijau
*cili padi merah
*cili besar
*bwg merah
*bwg putih
-kisar kasar bahan yg bertanda *
-pns minyak tumis bahan kisar..pch shja minyak masuk gula,garam,ikan bilis tumbuk(kasar)...tumis lagi sehingga wrna sambal bertukar gelap..biar sktika dlm 5mnt siap..
-resepi ni tidak menggunakan air ye..

πŸ‘
Credit : Naddy's Kitchen

04/07/2023

17 tips/Tricks mykitchen ❀️

1) nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih

2) nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik

3) nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah

4) nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi

5) kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah

6) nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau...nak masak br basuh

7) daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau

8) merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lps tu bilas...kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun

9) nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih2, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap

10) nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm pt ais

11) nak kopek telur selepas direbus, lps rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..

12) nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit... masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing

13) nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam

14) nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

15) nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu... so anda pun baru tahu hari ini

16) Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek... sup lebih sedap/pekat tau

17) Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye

multicooker https://shope.ee/5Khn2hc1rn

Kredit: Ayue Kitchen .fooddelivery
πŸ“Έ owner

04/07/2023

Resipi Solok Lada yang sedap, mudah dan sangat membuka selera. Masaknya sangat mudah. Boleh pilih sama ada mahu kukus atau rebus. Cubalah.

04/07/2023

Seorang wanita di laman sosial Twitter berkongsikan resepi sambal nasi lemak turun temurun milik keluarganya. Menurut Nurul Shima, resipi ini boleh bertahan selama beberapa hari

04/07/2023
24/06/2023

Harini menu sambal berhantu. Makan dengan nasi panas berebut anak beranak, licin terus.

Tumbuk:
Cili padi/cili api agak-agak segenggam lebih
Bwg besor 2 biji
Bwg putih 2 ulas
Ikan bilis dlm suku genggam
Belacan sikit (tak letak pun boleh)
*Kalau letak belacan lagi kick πŸ˜‰

Minyak untuk menumis

Tumis bahan tumbuk
Letak gula garam aji
Dah masak/garing/pecah myk boleh letak air sikit..
Biar sekejap terus tutup api
Siap

*Sambal ni tak lama pun nak tunggu pecah minyak, dalam 10 min paling lama pun..tak macam sambal tumis merah
Agak-agak kaler dah cantik, bau dah sedap tu dah ok lah...πŸ˜„

Sumber : halimatus saadiah sidek

Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi

24/06/2023

Cara mudah menyediakan sajian Daging Masak Hitam Berempah yang sangat sedap dan mudah. Jom cuba! Anda pasti s**a.

18/06/2023
18/06/2023

RESEPI ROTI LEMBUT

1 PAKET YIS
https://shope.ee/AUOZpiZSIt

1 CWN AIR SUAM
4 CWN TEPUNG GANDUM
5 SUDU GULA
2 SUDU SUSU PEKAT
2 SUDU MAJERIN/PLANTA
https://shope.ee/3VEpUupglJ

1SDK GARAM
1BIJI TELUR(DIKACAU)

CARA2
1. BANCUH YIS NGN AIR SUAM SHINGGA BBUIH

2. CAMPUR TEPUNG NGN TELUR,PLANTA,GULA, GARAM,SUSU PEKAT N GAUL SHINGGA SEBATI N MASUKKAN AIR BNCUHAN YIS TD DAN ULI SEHINGGA DOH TDK MELEKAT DTGN...LG LAMA ULI LG LMBUT ROTI TU(20MIN ULI)...REHATKN DOH N TUTUP SELAMA SEJAM BIAR KEMBANG 2X GANDA...

3. BILA DOH DH KEMBANG TUMBUK2 DOH TU UTK KLUARKAN ANGIN...PASTU ULI SKLI LG SHINGGA MNJDI LICIN DAN BLHLA SUSUN DLM LOYANG...TNGGU SHINGGA DOH TU KMBANG..SAPU DPERMUKAAN DOH TU TELUR KUNING N TABUR GULA N BARU BLH DBAKAR DGN SUHU 170 20MINIT..

4. BILA DH MASAK SAPU NGN PLANTA...SIAP...😘

Kredit Resepi : jaa homemade..

30/05/2023

RESEPI RENDANG TELUR

5 bji telur..cuci bersih rebus
Buang kulit ketepikn dulu

Bahan A :
Bhn kisar
5 btg serai
Halia besar ibu jari
Sikit lengkuas
Seketul kunyit hidup
Kisar halus ..ketepikn dulu

Bahan B :
5bji bwg merah
2bji bwg putih
10tangkai cili kering rendam dulu bgi lembut
Kisar semua bhn

Cara-cara :
1.Panaskan 3sdm minyk
2.Tumis bhn b .hingga naik minyk
3.Kemudian msuk bhn A
4.Msk hingga naik bau
5.Msuk 1sdk kunyit serbuk
6.2sdm gula
7.1sdk grm
8.Kacau2 dan biarkn seketika
9.Bila dah naik minyk.
10.Msuk 1 cwn santan pekat
11.1sdm kerisik
12.Kacau2.
13.Msuk telur
14.Siram2 kuah atas telur dan biar kuah pekat
15.Api jgn grg sgt
16.Bila kuah dah betul2 pekat.tutup ai
17.Tabur daun kunyit
18.Dah siap

Credit : Ieda jahaya

30/05/2023
01/05/2023

Address

George Town

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gang Bulus Comot Geli2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share