01/11/2026
Burung kecil, tapi luka yang dialami bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Ringneck ini datang dengan crop burn, iaitu kecederaan melecur pada kawasan tembolok. Luka di kawasan ini perlukan perhatian yang rapi. Jadi, team CT Vet merawat dan menjahit luka tersebut dengan teliti.
Dalam gambar, kita boleh lihat keadaan luka sebelum dan selepas dijahit. Selepas rawatan, penjagaan seterusnya juga penting untuk membantu luka sembuh dengan baik.
Buat pemilik burung, jika anda nampak ada luka atau perubahan pada keadaan si bulu kesayangan, jangan tunggu sehingga keadaannya bertambah teruk. Dapatkan pemeriksaan doktor haiwan ya.
📲 Untuk pertanyaan, WhatsApp kami di 012-532-0267 atau klik www.wasap.my/60125320267/HaiSayaDariFB