23/01/2026
DOSA-DOSA BESAR USAHAWAN DAN AKAUNTAN DALAM MENENTUKAN UNTUNG RUGI SYARIKAT
Sering kali pengamal perakaunan dan usahawan melakukan DOSA BESAR dalam pengiraan untung dan harta syarikat iaitu mereka selalu tertukar antara Cash Reserve (Simpanan Tunai) dan Net Profit (Untung Bersih), tapi sebenarnya kedua-duanya membawa cerita yang sangat berbeza tentang kesihatan kewangan sesebuah syarikat.
Secara ringkas: Net Profit adalah apa yang anda "peroleh" di atas kertas, manakala Cash Reserve adalah apa yang anda ada di dalam bank.
1. Net Profit (Untung Bersih)
Ini adalah angka yang tinggal dalam Penyata Untung Rugi (Income Statement) setelah semua kos, belanja, faedah, dan cukai ditolak daripada jumlah jualan.
> Definisi: Lebihan hasil setelah tolak kos dan lebih ringkas ianya adalah wang yang telah berjaya diperoleh + hutang yang bakal orang bayar kepada kita.
> Sifat: Ia adalah ukuran prestasi dalam tempoh tertentu (contohnya, bagi tahun 2025).
> Kekangan: Untung tidak semestinya bermaksud tunai. Anda boleh ada untung RM1 juta, tapi jika pelanggan belum bayar (masih dalam bentuk Accounts Receivable), anda sebenarnya tiada duit tunai.
> Formula Asas: Net Profit = Total Revenue - Total Expenses
> Dokumen penjejak: Penyata Untung Rugi.
2. Cash Reserve (Simpanan Tunai)
Ini adalah jumlah wang tunai fizikal yang disimpan oleh syarikat dalam akaun bank atau aset yang sangat cair (mudah ditukar jadi tunai).
> Definisi: Lebihan wang tunai yang sedia ada dan yang telah berjaya diterima ditangan/akaun syarikat yang tidak termasuk hutang yang belum tentu bila orang akan bayar kepada kita.
> Sifat: Ia adalah ukuran kecairan (liquidity). Ia menunjukkan daya tahan syarikat untuk membayar gaji, pembekal, atau menghadapi kecemasan secara serta-merta.
> Sumber: Boleh datang daripada keuntungan yang disimpan, pinjaman bank, atau suntikan modal daripada pelabur.
> Kepentingan: Syarikat boleh muflis walaupun ada "Net Profit" yang tinggi jika mereka kehabisan tunai untuk operasi harian.
> Dokumen penjejak: Kunci Kira-kira / Penyata Imbang Duga (Balance Sheet).
Nota Penting: Ada pepatah dalam dunia korporat menyebut, "Profit is sanity, cash is king." Untung itu bagus untuk pelabur, tapi tunai yang menentukan sama ada kedai anda boleh terus dibuka esok pagi.
Kredit: Dr. Meor Fazrul