22/01/2017
Pendahuluan
Salah satu hobi masyarakat Malaysia ialah memelihara haiwan peliharaan, kebanyakan haiwan yang s**a dibela seperti kucing, anjing, burung, sesumpah dan sebagainya. Kebiasaannya haiwan yang dibela oleh manusia ialah haiwan yang jinak yang mudah didekati dan mudah untuk dibelai. Fungsi haiwan belaan ialah untuk menjadi pendamping manusia di kala sunyi. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri memelihara kucing, apatah lagi kita umat nya. Tapi zaman moden ini, manusia semakin kreatif dalam memilih haiwan peliharaan, ada yang mula membela haiwan eksotik seperti ular dan buaya. Jika kita perhatikan di Malaysia ini, masyarakat mula beralih arah dalam memelihara haiwan. Masyarakat Malaysia mula berjinak-jinak dalam memelihara ikan hiasan. Fenomena ini telah menular di kalangan penduduk Malaysia. Tapi hobi ini sangat terhad dalam pemilihan haiwan sebagai ikan hiasan ini kerana kos dalam membeli haiwan ini. Ikan ini kebiasaannya sangat mahal apabila kecil dan menjadi sangat mahal apabila sudah meningkat dewasa. Ini telah membuatkan sebilangan mereka menjadikan hobi ini sebagai satu perniagaan tetap. Kerja kursus untuk kemahiran hidup kali ini akan menceritakan berkenaan ikan hiasan.