16/12/2025
Mohon perhatian kepada semua pet parents. Sejak awal Dec ini, terdapat banyak kes FIP Feline Infectios Peritonitis (basah,kering, saraf) bagi kucing dan CPV Canine Parvo Virus bagi anjing.
Simptom umum untuk FIP
Kucing tidak sihat, lemah, kurang atau tidak mahu makan.
Jenis FIP basah : Kawasan abdomen nampak besar, melendut ke bawah atau membesar ke kiri dan kanan dan dipenuhi air di dalam abdomen.
Jenis FIP kering : Kucing kerap selesema, mata tenggelam, badan kurus kering akibat kekurangan air.
Jenis FIP Saraf : Seperti jenis kering ditambah dengan simptom saraf seperti mata bergetar secara terus, jalan tidak seimbang, kepala teleng.
Simptom umum untuk CPV
Anjing tidak sihat, lemah, kurang atau tidak mahu makan
Cirit birit air dan atau berdarah
Muntah
Kematian anjing secara bekelompok dalam jangka masa pendek (2-5 hari)
Dapatkan rawatan secepat mungkin sebelum terlambat π