Klinik Haiwan Kitty's Care Prima Sri Gombak

Klinik Haiwan Kitty's Care Prima Sri Gombak Klinik Haiwan Kittys care Prima Sri Gombak

16/07/2026

Wajib tengok sampai habis!!!Sian Amat Ginger

07/07/2026

✨ Alhamdulillah! πŸ’œπŸΎ

Satu lagi sesi kursus dalaman untuk semua staff Kitty's Care telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat yang lalu. πŸŽ‰

πŸ“š Kali ini, fokus utama kursus adalah untuk mendalami pengetahuan mengenai produk, supaya setiap staff lebih memahami fungsi, kegunaan dan cara memberikan penerangan yang tepat kepada pelanggan.

Kami percaya bahawa ilmu yang sentiasa dipertingkatkan akan membantu kami memberikan khidmat yang lebih profesional, terbaik dan berkualiti kepada setiap pelanggan yang mempercayai Kitty's Care. 🩺🐱

Terima kasih kepada semua staff yang memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dan penjagaan yang terbaik buat si bulus kesayangan. πŸ’œβœ¨

02/07/2026

Kami dah jumpa siapa yang tinggalkan bad review tu
🀣😎

25/06/2026

Tak tahulah bila kucing garang tu nak kena grooming.Dengar cerita,Kemy ni masih menyapu sampai sekarang.Gurau2.Kami sayang semua kucing client.Walaupun kucing tu baik atau garang.πŸ˜‚πŸ€£

23/06/2026

Satu jatuh, semua ikut jatuhπŸ€£πŸ˜‚

11/06/2026

POV: Ikat oyen supaya tak buat hal.

Oyen:"Challenge accepted." 😼

Ampaian kedai sebelah: πŸ‘οΈπŸ‘„πŸ‘οΈ

03/06/2026

🐾 SIAPA NAK ADOPT HOODOO? 🐾

Kenalkan, ini Hoodoo ❀️

Hoodoo ialah seekor kucing Parsi kacuk yang kini menumpang kasih di Kitty's Care Kajang.

Kisah Hoodoo bermula apabila salah seorang Dr Vet kami menjumpainya di dalam longkang dalam keadaan yang memerlukan bantuan. Selepas menerima rawatan dan penjagaan di klinik kami, Hoodoo kini sihat dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama keluarga yang penyayang. 🏑

✨ Personaliti Hoodoo:
🐱 Manja
🐱 Aktif
🐱 S**a perhatian manusia
🐱 Comel walaupun kadang-kadang buat muka tak bersalah selepas buat hal πŸ˜†

Sekarang Hoodoo sedang mencari rumah forever home yang sanggup menyayanginya seumur hidup.

Dan rasanya seorang lagi penghuni klinik, Amat Ginger, dah mula bosan tengok muka Hoodoo hari-hari. 🀣

Kalau anda berminat untuk memberi peluang kedua kepada Hoodoo, sila hubungi Kitty's Care Kajang untuk maklumat lanjut.

❀️ Adopt, jangan beli. Berikan Hoodoo peluang untuk merasai kasih sayang sebuah keluarga.

19/05/2026

Terima kasih kepada seorang pengguna Txreads yang meminta bantuan melalui platform tersebut selepas memaklumkan terdapat seekor kucing terperangkap di dalam sebuah kereta terbiar. Kami hanya menyedari perkara ini pada keesokan harinya.

Tanpa berlengah, staff kami terus pergi ke lokasi kereta tersebut yang terletak tidak jauh dari Kitty’s Care Setapak. Pada mulanya kami mencari di sekitar dalam kereta namun tidak menemui kucing tersebut. Pencarian diteruskan di kawasan luar sekitar lokasi, dan Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menemukannya 🀍

Keadaan kucing tersebut kelihatan sedikit dehydrated dan kini sedang berada di bawah pemantauan kami untuk rawatan serta penjagaan lanjut. Doakan semoga dia cepat sihat ya πŸ₯Ί

Insya-Allah, apabila keadaannya semakin stabil dan sihat nanti, kami akan membuka adoption melalui media sosial kami 🐾

14/05/2026

🐱 Jangan Berhenti Bagi Ubat Walaupun Kucing Nampak Makin Sihat!

Ramai owner rasa bila kucing dah aktif, dah makan atau nampak makin baik… ubat boleh stop terus 😿
Sebenarnya, itu boleh buat penyakit datang semula atau jadi lebih teruk.

Kenapa perlu habiskan ubat? πŸ‘‡

* πŸ’Š Kuman belum hilang sepenuhnya
Walaupun simptom dah kurang, bakteria/virus mungkin masih ada dalam badan.

* πŸ” Penyakit boleh datang balik
Berhenti awal boleh menyebabkan kucing sakit semula selepas beberapa hari.

* ⚠️ Jangkitan jadi lebih susah dirawat
Terutama antibiotik β€” kuman boleh jadi β€œkebal” jika ubat tak dihabiskan.

* 🐾 Proses pemulihan belum lengkap
Kadang badan nampak sihat luarannya sahaja, tapi organ atau dalaman masih belum pulih.

* ❀️ Habiskan ubat bantu kucing sembuh sepenuhnya
Ikut dos dan tempoh yang vet beri untuk hasil rawatan yang terbaik.

πŸ“Œ Jika kucing muntah ubat, susah makan ubat atau ada reaksi pelik, jangan stop sendiri .Hubungi vet dahulu ya.

Address

No 107-G Jalan Prima SG 3/2, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Kitty's Care Prima Sri Gombak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category