06/06/2026
🐶🩺 Penjagaan luka selepas pembedahan sangat penting untuk membantu proses pemulihan yang baik.
Secara asasnya, penjagaan luka bagi anjing dan kucing adalah hampir sama:
✔ Elakkan menjilat atau menggigit luka
✔ Berikan ubat seperti yang diarahkan
✔ Pantau jika terdapat bengkak, kemerahan atau keluar cecair dari luka
✔ Hadkan aktiviti lasak sepanjang tempoh pemulihan
Namun, anjing biasanya lebih aktif berbanding kucing. Oleh itu, kawalan aktiviti dan penggunaan collar (jika diperlukan) sering memainkan peranan penting dalam mengelakkan luka terbuka semula.
Di Klinik Veterinar Regalia, kami menerima rawatan pesakit anjing bersaiz kecil untuk konsultasi dan rawatan. Buat masa ini, kemudahan wad dan boarding kami masih dikhaskan untuk kucing sahaja 🐱🐾
Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai keadaan luka haiwan peliharaan anda, dapatkan nasihat vet dengan segera ❤️