Koperasi Usahawan Pet

Koperasi Usahawan Pet Gabungan Usahawan Haiwan Peliharaan

Simpan sini untuk kenangan.Alhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang menjayakan.21 orang hadir offline (fizikal)17 or...
12/01/2023

Simpan sini untuk kenangan.

Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan.
21 orang hadir offline (fizikal)
17 orang hadir online (zoom)

You all memang awesome
Terharu sangat dengan semangat semu. Ada yang bersusah-payah, drive dari Johor dan Pahang. Ada yang overnight dan ada yang terus gerak ke destinasi masing-masing.

Tak lupa juga yang sanggup berzoom bersama, Dari Langkawi, Kelantan, Kedah dan yang paling terharu. Kesungguhan mereka yang berzoom dari wad hospital, kerana sedang menjalani rawatan di hospital (being warded). Semoga rakan-rakan semua cepat sembuh serta Allah permudahkan segala urusan semua.

Kak Za makin tambah bersemangat untuk meneruskan Visi Dan Misi kita. Kita bergerak sebagai sebuah penyapu, bukan sebagai sebatang lidi.

Kejayaan itu tidak mudah, tapi ia juga tidak mustahil.

10/01/2023 AlhamdulillahSelesai sudah AGM Pemula Koperasi Usahawan Haiwan Peliharaan Malaysia Berhad.Terima kasih kepada...
11/01/2023

10/01/2023 Alhamdulillah
Selesai sudah AGM Pemula Koperasi Usahawan Haiwan Peliharaan Malaysia Berhad.

Terima kasih kepada wakil SKM Cik Aisyah Ismail, yang memberikan penerangan tentang koperasi serta menjawab soalan dan kemusykilan bakal ahli yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat. Secara fizikal dan alam Maya. Paling terharu, ada yang hadirkan diri secara maya dari wad hospital dalam keadaan sedang menjalani rawatan kesihatan. Semoga Allah berikan sesembuhan untuk kalian semua๐Ÿคฒ

Walau baru pertama kali kita bertemu, terasa ukhuwahnya. Salam kenal untuk semua. Saya tidak pandai, tapi saya nak bersama-sama semua untuk bebaskan diri kita dari terus menjadi mangsa buli industri.

Semoga kita semua dapat bersama-sama menjayakan impian kita bersama๐Ÿ”ฅ

Simpan sini, secebis kenangan bersamaโค๏ธ

04/01/2023

Site visit sebelum AGM Pemula Koperasi Usahawan Haiwan Peliharaan Malaysia Berhad.

Semoga Allah permudahkan segala penubuhan Dan perjalanannya. Aamiin

Kena berani mulakan langkah pertama untuk langkah yang beribu-ribu lemonโœŒ๏ธ๐Ÿ˜‰
04/01/2023

Kena berani mulakan langkah pertama untuk langkah yang beribu-ribu lemonโœŒ๏ธ๐Ÿ˜‰

Assalamualaikum semua.ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูNOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAANKOPERASI USAH...
04/01/2023

Assalamualaikum semua.

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN
KOPERASI USAHAWAN HAIWAN PELIHARAN MALAYSIA BERHAD

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penaja Koperasi telah mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Wilayah Persekutuan untuk menubuhkan KOPERASI USAHAWAN HAIWAN PELIHARAAN MALAYSIA BERHAD pada 15/12/2022 (rujukan: SKM.WP:6/60-4 JLD.4(01)

Dengan ini, kami ingin menjemput semua yang telah mendaftar dan juga yang berhasrat untuk menjadi ahli hadir ke Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi. Butiran mesyuarat yang bakal diadakan, adalah seperti berikut:
Tarikh : 10/01/2023
Hari : Selasa
Masa : 8.00malam
Tempat : 6-L3, Jalan Ampang Putra, Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Aturcara Majlis:-
1. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja Koperasi Usahawan Haiwan Peliharaan Malaysia Berhad
2. Ucapan/Taklimat Ringkas oleh Puan Aisyah binti Ismail, Penolong Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan
3. Ucapan Perasmian dan Pelancaran Koperasi oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja

4. Agenda Mesyuarat Agung Permulaan
a. Perlantikan Pengerusi Mesyuarat
b. Persetujuan menubuhkan Koperasi
c. Permohonan bagi didaftarkan sebagai Koperasi
d. Penerimaan Undang-Undang kecil Koperasi
e. Pemilihan
i. Perlantikan Anggota Lembaga dan memberikan kuasa untuk menandatangani permohonan untuk mendaftarkan Koperasi Jaya Inovatif Perak Berhad dan Undang-Undang Kecilnya
ii. Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan Pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).
f. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi
g.Meluluskan elaun yang diberikan kepada anggota Lembaga
h. Meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang Juruaudit, yang merupakan Juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun Koperasi.
i. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi
j. Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi

5. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Koperasi Usahawan Haiwan Peliharaan Malaysia Berhad yang baru dilantik.

Untuk membuat pra-pendaftran, sila TEKAN LINK berikut:
https://forms.gle/4JwXWbvVUFKmyygs5

SEMUA DIJEMPUT HADIR. SEKIAN, TERIMA KASIH
Bagi pihak
Jawatan Kuasa Penaja

Address

Taman Rasmi Jaya
Ampang
68000

Telephone

+60162603559

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Usahawan Pet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category