25/04/2025
Kenapa Kucing Betina Menjerit Masa Mengawan?” 😿
Pernah dengar kucing betina menjerit kuat masa mengawan? Mesti terkejut kan? Tapi sebenarnya, benda tu **normal** dalam dunia kucing — walaupun nampak macam tengah bergaduh!
Nak tahu kenapa?
👉 Z***r kucing jantan ada duri kecil macam cangkuk halus. Masa masuk okay je, tapi bila keluar, duri tu akan ‘tersangkut’ sikit dan buatkan kucing betina rasa sakit. Sebab tu la dia menjerit dan kadang-kadang terus serang si jantan tu. 😖
👉 Tapi duri tu bukan saja-saja tau. Fungsinya untuk rangsang ovulasi (keluarkan telur) sebab kucing betina tak akan ovulasi selagi tak ‘dirangsang’. Bunyi macam kejam sikit, tapi itu cara alam semula jadi mereka.
👉 Lepas tu, kucing betina akan masuk fasa “ON HEAT” yang agak lama — boleh jadi 3 hari non-stop, dan dia boleh mengawan banyak kali. Bayangkan betapa letih dan stresnya kucing tu!
🐾 **Kenapa Kucing Jantan Gigit Leher Betina Masa Mengawan?
Bukan sebab romantik ya… 😅
Tapi itu cara dia kawal kucing betina supaya tak menyerang balik masa tengah mengawan. Kesian kan?
💡 Apa Patut Kita Buat Sebagai Pemilik Kucing?
JUJUR CAKAP– Proses mengawan ni “menyakitkan dan memenatkan” untuk kucing, lagi-lagi kalau dia beranak tiap-tiap kali musim mengawan.
Kalau kita sayang kucing kita, tolong pertimbangkan untuk neuter (kasi/spay) mereka.
❤️ Neuter BUKAN kejam.
✅ Ia elakkan kucing betina dari rasa sakit berulang kali.
✅ Elakkan dari kucing beranak tak tentu hala.
✅ Bantu kurangkan populasi kucing terbiar.
✅ Dan paling penting – buat hidup mereka lebih tenang.
🌟 “Sayang bukan setakat bagi makan, tapi juga lindungi dari kesakitan.”
Kalau belum neuter kucing, mungkin dah sampai masa untuk fikirkan langkah ni demi kebaikan mereka. 🐱💕
Nak BOOKING bila waktu sesuai untuk neuter SI ANAK BULUS? Saya boleh bantu juga. 😊www.wasap.my/601151175657/NakInfoSunatMandul