PENGENALAN UNIT EQUINE BESTARI
Unit Equine Bestari telah diwujudkan pada 2015 dibawah pengurusan University College Bestari sebagai salah suatu kemudahan, pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kepada warga University College Bestari dan masyarakat tempatan. Penubuhan Unit Equine Bestari ini, dilihat sebagai suatu platform bagi melahirkan warga universiti yang mempunyai sifat kepimpinan yang t
inggi, berkeyakinan, bijak mengendali situasi mempunyai personaliti yang mampan dari sudut lahiriah dan rohani. Selaras dengan penubuhan University College Bestari sebagai universiti waqaf, penubuhan Unit Equine Bestari ditubuhkan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di kalangan staf dan siswa siswi di University College Bestari dan memberi kesedaran perihal kebaikan berkuda secara fizikal dan mental. Sabda Rasulullah s.a.w, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)” (Riwayat Muslim). KEBAIKAN AKTIVITI BERKUDA
Secara saintifiknya, sukan berkuda mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan fizikal, dimana ia melibatkan seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki seperti tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary dan organ perkumuhan. Sebagai contoh, bentuk lekuk badan belakang kuda, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Selain memberi impak terhadap kesihatan fizikal, aktiviti berkuda juga memberi kesan positif terhadap perkembangan mental dan rohani. Aktiviti berkuda berkesan dalam membina keyakinan diri, disiplin, sifat tanggungjawab serta kebolehan berinteraksi terhadap individu. Kajian telah dijalankan dan membuktikan bahawa sukan berkuda memberi banyak impak positif dan semakin popular di negara bukan Islam seperti Jepun dalam melahirkan generasi muda yang sihat fizikal dan mentalnya.Perkembangan sukan berkuda di Malaysia juga semakin meningkat serta setanding dengan sukan berkuda antrabangsa dan terdapat banyak disiplin antaranya adalah dressage, showjumping dan endurance. VISI
Untuk menjadi unit ekuestrian yang mengikut spesifikasi antarabangsa dan menyediakan aktiviti rekreasi kuda bagi pelajar University College Bestari (UCB), peminat kuda, masyarakat dan pelancong. MISI
• Untuk menggalakkan sukan ekuestrian di kalangan pelajar UCB dan kakitangan dan orang ramai di negeri Terengganu.
• Untuk menjadi universiti swasta pertama di Malaysia yang menawarkan pusat ekuestrian yang berkonsepkan “Bersukan sambil Beramal” selaras dengan penubuhan University College Bestari yang berteraskan konsep waqaf.
• Menjalankan usahasama bersama SSC, Majlis Equine Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan UUM Equestrian Centre.
• Membangunkan kerjaya dalam bidang pengurusan kuda dan sukan ekuestrian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti Endurance, Show Jumping dan Dressage . NILAI-NILAI
• Untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui sukan ekuestrian di kalangan siswa siswi University Collge Bestari, masyarakat setempat dan pelancong.
• Untuk melengkapkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti ekuestrian.
• Untuk menyediakan persekitaran terapi bagi individu dengan golongan kurang upaya melalui aktiviti ekuestrian.
• Untuk menjadi medium rekreasi untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bersama-sama dalam menyokong perpaduan yang kukuh dan hubungan.