Port Makan Sedap

Port Makan Sedap Lokasi Agro Pelancongan di MAEPS Serdang berkonsepkan taman haiwan dan dikelilingi hijaun di tengah kotaraya

Minggu depan kami nak lancarkan Burger Rakyat GTR dengan harga terlebih rahmah hanya RM4.00 sahajaKami dok cari motto se...
31/03/2024

Minggu depan kami nak lancarkan Burger Rakyat GTR dengan harga terlebih rahmah hanya RM4.00 sahaja

Kami dok cari motto sesuai untuk akronim GTR yg baru p**a kali ini

Kalian tolong undi sat , tulis nombor saja kat ruangan komen

1. GTR - Geng Tolong Rakyat
2. GTR - Gigih Tolong Rakyat
3. GTR - Gerenti Tolong Rakyat
4. GTR - Gerai Tolong Rakyat
5. GTR - Gerai Tentera Rakyat
6. GTR - Gerai Terbaik Rakyat

Tolong pilih ya , dan insyallah akan ada siaran langsung pelancaran Burger Rakyat ni di satu Stesen TV tau 😍

16/03/2024

Pinjaman tanpa faedah dari PERNAS bagi membeli Pakej GTR Burger siap dapat diskaun RM2000 lagi
Komen

Pengalaman 4 tahun uruskan buffet ramadan di G2G dulu mmg sangat menarik , sebab mmg dari kosong , buat tepi kendang kam...
13/03/2024

Pengalaman 4 tahun uruskan buffet ramadan di G2G dulu mmg sangat menarik , sebab mmg dari kosong , buat tepi kendang kambing saja sampai lah berjaya uruskan 600 pax sehari, itu pun sebab 2020 kena PKP kalau tak tahun tu plan utk sambut 1000 pax sehari sebenarnya.

La ni dah tak buat dah, jadi saja nak kenang balik 10 perkara yg kena hadap bila buat buffet ramadan ini

1. Makanan buffet tak cukup – mula mula dulu nak buat anggaran makanan buffet ni sangat la susah, kita tak boleh agak kadar yg betul wpun kita dapat bilangan pax yg akan datang, tapi cara setiap pelanggan makan ni berbeza mengikut kategori dan taraf hidup mereka rupanya

2. Pernah hari pertama buat buffet dulu, makanan semua dah abis baru pukul 7 pm walhal , waktu berbuka pukul 7.30 pm, tak biru muka semua pas**an dapur dan pelayan kami.

3. Meja tak cukup – wpun kita buat buat pre book , tempahan pun secara online , biasanya wajib simpan 10% lagi utk selalu group ada jer yg akan bawak lebih pax dan tak kurang juga yg masih nak walk in walau seating semua penuh, mereka akan pujuk dgn mcm mcm alasan. Pernah bbp kali mmg hampir mencetuskan pergaduhan besar maklumlah semua lapar !

4. Kambing golek tanpa had – ni tema buffet kami buat dulu, kita mmg boleh bagi makan kambing unlimited tapi kena bagi sorang sepiring dulu, lepas makan nanti boleh repeat balik, confirmed yg trepeat balik dlm 10% saja, yg lain dah menyandor

5. Nak berbuka free – mmg ada spesis tak tahu la puasa ka tak, tapi ngelat lepas makan , boleh blah mcm tu saja , kdg ada yg dtg dengan group bayar deposit sahaja hahhaa.. tapi lepas kami buat pre- booked dan bayar dulu baru makan, kurang la sikit kes mcm tu, kalau ada pun yg nak ngelat, biasa kita akan perhatikan dia dan pegang bila nak cabut

6. Jajan utk kanak kanak – yang ni nampak mcm kelakar sikit , nak marah tak boleh sbb budak budak, tapi mmg letak banyak mana pun jajan ni abis sbb depa pakat lawan isi poket bagi penuh , tapi ok jer kita layan

7. Persembahan – biasa kita buat ghazal atau buskers , kdg rasa menarik kadang rasa membingit tak aman nak berbuka, ada yg s**a ada yg tak s**a ehh pening gak nak melayannya.

8. Tarawih – yg nak booking group semua tanya ada solat tarawih tak ? yer yer bertanya , bila kita buat , satu saf pun tak penuh , dok melepak sampai tgh malam boleh p**a hahaha.

9. Baki makanan – mcm mana plan pun , mesti ada lebihan punya makanan, mana yg sesuai biasa kita hantar pergi masjid yg buat moreh, yg tak sesuai mmg kena buang juga, sedih sangat sebenarnya tgk pembaziran.

10. Bandung Soda – ni air ajaib, kena sediakan b*k b*k, siapa sentuh jer air nih, mmg kurang sgt dia makan buffet walau apa saja menu yg enak enak disediakan hahahha

Saja kongsi pengalaman di hari kedua Ramadan ini

Nordin Mat
Pendiri GTR Burger

Hari pertama pas**an GTR Burger berkampung di RTM bagi tampil di program Borak Dulu Baru Buka setiap hari sepanjang Rama...
11/03/2024

Hari pertama pas**an GTR Burger berkampung di RTM bagi tampil di program Borak Dulu Baru Buka setiap hari sepanjang Ramadan ini

Rezeki hadir dalam pelbagai cara 🤲Nak dijadikan cerita ada yang sudi mengajak peniaga jalanan seperti kami untuk bersiar...
06/03/2024

Rezeki hadir dalam pelbagai cara 🤲

Nak dijadikan cerita ada yang sudi mengajak peniaga jalanan seperti kami untuk bersiaran langsung dalam siaran paling ditunggu tunggu bulan ramadan nanti setiap hari

Paling manis dapat p**a membawa usahawan GTR Burger dari semua negeri tampil satu persatu mewakili rakan rakan peniaga jalanan masing masing p**a

Terima kasih RTM TV1 yang membuka peluang kepada usahawan kecil seperti kami ini🫶❤️

Selesai sesi pengenalan program Borak Dulu Baru Buka di Selamat Pagi Malaysia sebentar tadi

04/03/2024

Ada tak sahabat saya yang pandai ambik gambar dan video nak ambik job bulan puasa ni selama 26hari
(2jam sehari shj, Lokasi KL)

Sambutan hebat juga walaupun tak la ramai sgt penonton tapi tetap laris jualan burger nyaAda 5 stadium lagi di Selangor ...
03/03/2024

Sambutan hebat juga walaupun tak la ramai sgt penonton tapi tetap laris jualan burger nya

Ada 5 stadium lagi di Selangor yang akan bermula jualan burger GTR selepas raya nanti

Moga usahawan GTR Lembah Klang akan ambik peluang ini meningkatkan jualan mereka

“Peniaga Bazaar Ramadan dilarang naikkan harga !” - KPDNK“Peniaga GTR Burger akan turunkan harga di Bazaar Ramadan selur...
03/03/2024

“Peniaga Bazaar Ramadan dilarang naikkan harga !” - KPDNK

“Peniaga GTR Burger akan turunkan harga di Bazaar Ramadan seluruh negara! Amacam ?” -GTR Burger

RM10 sahaja !!

"Dulu pakej mula gerai GTR Burger RM8250 sahaja, tapi kenapa sekarang RM14,300?" Saya sering ditanyakan soalan begini. I...
26/02/2024

"Dulu pakej mula gerai GTR Burger RM8250 sahaja, tapi kenapa sekarang RM14,300?"

Saya sering ditanyakan soalan begini.

Izinkan saya terangkan dengan jelas dan ringkas.

Pada tahun 2022, pakej kami bermula dengan harga RM8,250 sahaja. Kemudian, harga tersebut meningkat kepada RM9,980 pada tahun 2023.

Mengenai pakej dengan harga RM8,250 ini, saya mengakui ini adalah salah satu sebab kami mendapat kritikan hebat.

"Harga ini terlalu mahal untuk memulakan perniagaan burger jalanan!" demikian kata mereka.

Tidak kira apa pun hujah atau jawapan yang kami berikan, kami tetap dikritik tanpa belas kasihan.

Bagaimana mungkin nak berniaga burger sahaja perlu modal sebanyak itu? Tak kurang juga, ramai yang pernah berpengalaman berniaga burger sebelum ini mentertawakan kami.

‘Berniaga dengan GTR secara ‘licensing’ ini tidak sama tuan-tuan, kamu bukan sekadar memberikan anda gerai burger, peralatan dan bahan mentah untuk berniaga sahaja. Kalau dengan cara begitu kami boleh jual pakej ini serendah lima ribu ringgit sahaja tak da masalah” begitu antara penerangan yang cuba kami sampaikan.

"Namun, apa yang kami usahakan adalah membantu para usahawan ini berniaga dengan cara yang lebih sistematik, menggunakan sistem digital, serta dibimbing untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi sehingga berupaya mencapai penjualan jutaan ringgit," tambah saya lagi.

“Menjalankan perniagaan jalanan ini memang tidak mudah, kita tidak mahu peniaga berfikiran ia akan selamanya berniaga dijalanan dan tanpa ada jaminan masa depan.
Kami mahu bantu peniaga burger ini melihat ia sebagai satu perniagaan yang dapat berkembang dari satu Langkah ke satu Langkah p**a, dari satu gerai sahaja, ke banyak gerai kemudian akan berkembang perniagaan restoran tetap p**a dengan secara organik”

Pelbagai nilai tambah kita berikan untuk mereka yang berniaga dengan GTR Burger yang tidak akan dapat dibuat jika mereka berniaga sendiri. Ini terutamanya mengenai pengiraan untung rugi mereka berniaga dengan tepat selain dapat uruskan gerai-gerai lain dengan mudah dan teratur.

Selain itu, pihak ibu pejabat GTR juga menyediakan pejenamaan dan pemasaran berpusat yang akan dapat digunakan oleh para peniaga bagi membuat promosi gerai masing-masing.

Tambahan p**a pada tahun ini, GTR Burger akan menjadi rakan strategik Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan akan datang beberapa Kelab lain juga yang pasti akan memberi impak kepada penjenamaan burger selain akan mempunyai peluang untuk berniaga di stadium dengan kapasiti yang besar sekali.

Selain itu, tahun ini juga, GTR Burger juga akan menjadi rakan strategik dengan pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Ramadhan untuk memperkuatkan lagi jenama kami ke seluruh negara.

Segala nilai tambah ini ,hanya boleh dilakukan dengan kesepakatan semua gerai yang bernaung dibawah jenama GTR dan akan seterusnya mengembangkan perniagaan masing masing juga.

Begitulah sistem perniagaan ala franchise yang sebenarnya telah terbukti dapat membantu para peniaga berniaga secara teratur dan berjemaah.

Nordin Mat
Pendiri GTR Burger

“Antara menjual ayam goreng dan burger, mana satu perniagaan jalanan yang lebih baik dan mudah untuk dikembangkan?" tany...
24/02/2024

“Antara menjual ayam goreng dan burger, mana satu perniagaan jalanan yang lebih baik dan mudah untuk dikembangkan?" tanya seorang rakan saya baru-baru ni.

"Apakah maksud kamu? Berniaga ini sama saja. Apa yang dijual tidak begitu penting, tetapi bagaimana kita menjenamakan dan mengurus perniagaan itu yang lebih penting!" jawab saya, terus memberikan kesimp**an.

"Saya rasa menjual burger jalanan sudah ramai yang buat, tuan juga pernah mengatakan ada lebih dari tiga puluh ribu peniaga burger jalanan, bukan?" tanya beliau lagi.

"Benar, dan saya rasa peniaga ayam goreng lebih ramai lagi dari itu. Sebab, membuat ayam goreng itu mudah saja. Pergi ke pasar atau kedai mana saja boleh membeli ayam. Untuk membuat tepung ayam goreng dan sos cicahnya tidak susah, banyak yang dijual, atau jika ingin membuat sendiri pun banyak resepi di internet, bukan?" jawab saya sambil memberikan perbandingan dengan mudah.

"Rasa ayam, menurut saya, lebih kurang sama saja, walaupun diternak di mana-mana. Mungkin perbezaannya sedikit antara ayam segar dan beku saja, tapi tidak semua orang dapat membezakannya," tambah saya lagi.

"Bagaimana dengan burger jalanan?" tanya beliau lagi.

"Burger pun siapa saja boleh menjualnya. Mencari patty burger komersial itu mudah, dan bahan-bahan lain seperti roti, sos, mayonis, sayur, dan telur boleh dibeli di mana-mana juga.

Jika tidak ingin menggunakan patty komersial, boleh juga membuat sendiri patty burger di dapur anda saja. Kami dulu menggunakan penutup balang kuih saja untuk membentuk patty burger, tidak ada yang tahu sangat sebelum kami mampu membeli mesin pembuat patty," ujar saya lagi secara panjang lebar.

"Jadi, kenapa tuan memilih menjual burger berbanding ayam goreng, jika begitu?" beliau masih belum faham dengan penjelasan saya.

"Seperti yang saya katakan tadi, anda boleh menjual apa saja produk yang anda minati. Namun, untuk bertahan dan menjadi jenama yang dapat berkembang akan bergantung pada strategi perniagaan dan penjenamaan produk anda. Pilihlah produk apa pun untuk anda jual dan kembangkan, cabarannya tetap sama dan itu tidak mudah," saya cuba untuk memberikan kesimp**an.

"Jika perkara ini mudah, semua orang dapat mengembangkannya, tidak hanya di seluruh negara tetapi juga ke seluruh dunia. Kenapa orang kita belum lagi memiliki jenama perniagaan yang berkembang ke seluruh dunia?" tanya saya p**a, meninggalkan satu persoalan besar kepada beliau.

Nordin Mat
Pendiri GTR Burger

Ketika mengimbas kembali memori Facebook enam tahun lepas, tergerak hati saya nak tulis sebuah kisah yang terjadi.Kejadi...
22/02/2024

Ketika mengimbas kembali memori Facebook enam tahun lepas, tergerak hati saya nak tulis sebuah kisah yang terjadi.

Kejadian itu berlaku pada bulan Jun 2017, tepat pada hari pertama Raya Aidilfitri, satu saat yang tak akan pernah saya lupakan.

“Bang, saya minta maaf, kami tak boleh lagi nak terlibat dengan program abang di kandang kambing di Maeps Serdang itu. Lepas raya nanti kami ada rancangan lain dan dah tak boleh lagi beri komitmen seperti kita rancang sebelum ini" begitulah pesanan ringkas yang saya terima dari Amar.

Sebelum ini, Amar dan pas**annya menguruskan segala hal terkait dengan konsep makan di tepi kandang yang baru saja kami perkenalkan di situ.

Konsep 'Do it Yourself' (DIY), di mana pelanggan yang ingin menikmati kambing bakar di tepi ladang kami, akan disediakan set kambing perap beserta beberapa menu sampingan yang akan mereka bakar sendiri.

"Cara seperti ini lebih mudah, Bang. Ketika kita menerima pesanan dari pelanggan yang ingin datang, baru kami siapkan set untuk mereka. Kita tidak memerlukan dapur dan tukang masak untuk konsep ini," demikian salah satu rencana kami sebelum memulai projek tersebut.

Pada waktu itu, kambing perap Pak Mat Western belum dijual secara meluas; mereka baru mulai menjual kambing perap pada tahun 2019 tak salah saya.

Projek ini berkembang dari melayani seorang dua pelanggan hingga puncaknya, menerima dua ratus pelanggan sehari selama bulan puasa. Memang meletihkan, tetapi sangat seronok bila melihat kepuasan pelanggan menikmati hidangan di dalam ladang.

Ketika Amar tidak dapat melanjutkan projek tersebut, saya mulai berbincang p**a dengan Pak Hamidon.

"Bagaimana ini, Don? Projek kita baru nak meriah, tetapi pas**an katering kita dah hilang. Siapa p**a nak buat lepas ni?" tanya saya kepada rakan kongsi.

Sebenarnya, kami tidak pernah terfikir untuk terlibat dalam urusan memasak. Pernagaan kami mennguruskan projek pembangunan dan penternakan skala besar, tidak terfikir untuk beniaga di bidang kulineri.

Setelah hari raya, kami terus berkumpul di ladang. Pak Hamidon sudah menyiapkan dapur, dan anaknya, Hazirah, telah menyiapkan beberapa jenis sos perapan dan sos cecah.

“kita cuba setiap sos perapan ni lihat mana yang paling padu, sos cecah mana yang paling sedap sekali” .

Maka kami pun memulai sesi memanggang daging kambing perap dan mencubanya satu demi satu.

Pada ketika itu juga, saya mengadakan sesi fotografi daging dengan bantuan beberapa anak yang datang membantu, mengambil gambar dari berbagai sudut hanya dengan telefon bimbit.

Gambar ini penting karena kami ingin mula membuat poster menu dan bahan promosi untuk menjemput orang lain.

Strategi ini berjaya, ramai kawan-kawan mula membuat tempahan untuk datang makan tepi kandang dengan konsep DIY kami itu.

Hari demi hari, semakin ramai yang datang, membuat kami merasa tidak selesa lagi menjalankannya di sisi kandang tanpa dapur, tukang masak, dan lain-lain.

Mujurlah kemudian pihak Mardi menawarkan kami untuk mengoperasikan kafeteria terdekat yang sudah lama tidak aktif. Kafe ini sangat besar, dapat menampung hingga 400 pelanggan sekaligus. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal.

Di sinilah dimulai episod baru kami dalam menjalankan perniagaan restoran berkonsep kambing yang kami namakan Goat2Go. Kebanyakan menu berasaskan kambing, seperti kambing bakar dengan arang, kari kambing nasi dulang, sup kambing, kambing goreng, nasi goreng kambing, dan pelbagai menu lain.

Selama bulan Ramadhan, kami menyelenggarakan Buffet Ramadhan yang dapat menerima hingga 600 pelanggan sehari dengan tema buffet kami, "Makan kambing sampai pitam," di mana mereka dapat menikmati kambing bakar tanpa had. Mujur juga, tiada sesiapa yang pitam. Semua gembira dapat makan kambing sepuas-puasnya.

Demikianlah kisah dan pengalaman ketika sesuatu berjalan tidak seperti dirancang, ia sebenarnya boleh menjadi satu peluang untuk kita berkembang dengan cara lain yang mungkin lebih cemerlang.

Oh ya, kafe itu masih ada hingga sekarang, begitu juga kandang kambing, bahkan sudah ada zoo Binatang Kesayangan G2G Animal Garden dan juga sebuah dewan acara besar yang dinamakan G2G Wedding Hall.

Cumanya semua perniagaan ini telah bertukar tangan kepada pemilik baru ketika saya dan rakan kongsi menjual saham kami pada tahun 2021 selepas PKP yang lalu.

Saya kemudiannya memulakan perniagaan baru dari kosong, iaitu GTR Burger pada Febuari 2021 juga.

Nordin Mat
Pendiri GTR Burger

Address

Jalan Maeps 4/3
Seri Kembangan

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+601157793869

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Port Makan Sedap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Port Makan Sedap:

Share