12/11/2020
Kebaikan Susu Kambing Anda Perlu Tahu! ๐๐๐
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.
Antara kebaikan lain susu kambing ialah:
* Tidak menyebabkan alahan.
* Membantu sistem imunisasi tubuh.
* Bersifat alkali.
* Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
* Membantu sistem penghadaman.
* Menguatkan j***m tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
* Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
Khasiat Susu Kambing ๐๐
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.
Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi โ bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).
Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).
Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain. Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan penggumpalan darah
- Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal degupan jantung
- Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan toksin dalam kolon
- Menurunkan tekanan darah
- Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan