12/10/2026
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, Kuching WCF - World Cat Federation e.V. WCF International Cat Show 2026 telah berjalan dengan lancar dengan pengakhiran yang terbaik setakat ini.. Kita telah mengetahui kucing yang memenangi Best General untuk hari Sabtu dan Ahad, seterusnya Best Supreme. Buat julung kalinya, kita ada Pusak Sarawak yang memenangi Piala Norjihan… Insya Allah, diberikan rezeki, kita akan mencari siapakan pemenang edisi kedua untuk piala berprestij Nor Jihan tahun hadapan. Terima kasih atas kesudian penaung kelab Yang Berbahagia Puan Norjihan yang telah menyempurnakan sendiri majlis penutupan pada tahun ini. Sokongan puan memberikan kekuatan kepada KCCM untuk terus maju melangkah ke hadapan, insya Allah.
KCCM memanjatkan kesyukuran kepada sang pencipta yang telah memungkinkan edisi kali ini berjalan dengan lancar. Hari pertama, kita menerima sekitar 38,000 pengunjung dan lebih 50,000 pengunjung pada hari kedua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara atas peluang yang diberikan tahun ini. Insya Allah, tahun hadapan, kita bakal menyajikan pertandingan pada skala yang lebih besar. Terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) atas kerjasama yang mantap pada tahun ini. Tahniah kepada bahagian pengurusan terutamanya kepada Puan Yati, the iron lady dan Encik Ikhwan yang sentiasa memberikan nasihat dan teguran. Tahun ini cabaran kita dengan jerebu dapat diatasi berkat doa dan ketentuan Yang Maha Esa. Alhamdulillah..
Terima kasih kepada team Putra Cat Hotel yang telah melantik Kiron Cat Club Malaysia untuk tahun kedua menguruskan pertandingan kucing WCF International Cat Show. Insya Allah, KCCM akan berusaha untuk memungkinkan WCF world cat show pada tahun hadapan. Pimpinan dan nasihat founder putracat, tuan Sufian Mohat menjadikan KCCM satu jenama yang gah dalam industri pertandingan kucing Malaysia.
Terima kasih kepada juri-juri antarabangsa, WCF Secretary General Mdm Tatjana Cernova , Mr. Kaai du Plessis dan Mr. Thomas Hamann yang telah berkongsi ilmu dengan peserta dan ahli kelab KCCM semasa program berkenaan seterusnya menjuri WCF International Cat Show 2026. Anda semua memang terbaik!
Kepada Supervisor, Mdm Jan Pandiohope & WCF Thailand by FUR daripada Thailand, terima kasih atas nasihat dan bantuan daripada anda. Anda adalah yang terbaik!! Terima kasih kepada rakan MBS yang bersama2 di Office KCCM sepanjan 2 hari program. Meowbulous Cat Club Selangor
Terima kasih juga kepada barisan penaja untuk program pada tahun ini. Anda semua telah memungkinkan program pada tahun ini dijalankan dengan jayanya. Kepada Royal Canin selaku penaja utama, JJ Pet Shop mdm Evelyn Pui yang sentiasa menyokong kami, Mr. Allan dan barisan penaja yang ada di dewan pertandingan sehingga ke akhir program. Semoga kita akan bekerjasama lagi untuk program-program KCCM pada masa hadapan.
Akhir sekali, KCCM berterima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan program berkenaan. KCCM berharap agar penganjuran pada kali ini memberikan platform untuk anda menambah pengetahuan dalam pembiakkan kucing berbaka. Anda semua sememangnya yang terbaik, bertanding dalam suasana harmoni dan menyokong satu sama lain. Adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Bagaimanapun, KCCM memastikan anda semua tidak balik dengan tangan kosong dengan makanan kucing premium dan super premium daripada barisan penaja untuk program pada tahun ini. Kudos All!!!
KCCM berusaha untuk memberikan yang terbaik namun sebaik-baik perancangan dan ketentuan adalah dariNya. KCCM memohon maaf sekiranya ada yang tercuit, terkurang dan kelemahan dari pihak kami. Semoga kita dipanjangkan usia, diberikan kesihatan dan rezeki untuk berjumpa lagi dalam program KCCM yang akan datang.
Assalamualaikum wbt, terima kasih semua!!
Presiden KCCM & Team
Kuching WCF International Cat Show 2025
____________________________________________________________________
Assalamualaikum wbt, and greetings of peace..
Alhamdulillah, the Kuching WCF - WCF - World Cat Federation e.V. WCF International Cat Show 2026 has concluded smoothly, ending in the best way possible so far. We have crowned the cats that won Best General for Saturday and Sunday, followed by Best Supreme. For the first time, we had Pusak Sarawak winning the Norjihan Trophy… God willing, if granted the opportunity, we will find the winner of the second edition for the prestigious Nor Jihan Trophy next year.
Thank you to the local club patron, the Honourable Madam Norjihan, for graciously officiating the closing ceremony this year herself. Your support gives KCCM the strength to continue moving forward, God willing.
KCCM gives thanks to the Creator for making this edition possible and for its smooth running. On the first day, we received around 38,000 visitors, and more than 50,000 visitors on the second day.
Our highest appreciation and thanks to the Mayor of Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) for the opportunity given this year. God willing, next year we will present the competition on a larger scale. Thank you to Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) for the strong cooperation this year. Congratulations to the management team, especially Madam Yati, the Iron Lady, and Mr. Ikhwan, who always provided advice and constructive feedback. This year, our challenge with the haze was overcome by the prayers and decree of the Almighty. Alhamdulillah.
Thank you to the Putra Cat Hotel team for appointing Kiron Cat Club Malaysia for the second year to manage the WCF International Cat Show competition. God willing, KCCM will strive to make the WCF World Cat Show a reality next year. The leadership and guidance of PutraCat founder, Mr. Sufian Mohat, have made KCCM a distinguished brand in Malaysia’s cat competition industry.
Thank you to the international judges, WCF Secretary General Mdm Tatjana Cernova, Mr. Kaai du Plessis, and Mr. Thomas Hamann, for sharing their knowledge with the participants and KCCM club members during the program, and for judging the WCF International Cat Show 2026. You are all truly the best!
To the Supervisor, Mdm Jan Pandiohope & WCF Thailand by FUR from Thailand, thank you for your advice and assistance. You are the best!! Thank you to our MBS friends who were together at the KCCM office throughout the two days of the program. Meowbulous Cat Club Selangor
Thank you also to the sponsors for this year’s program. You made it possible for the program to be carried out successfully. To Royal Canin as the main sponsor, JJ Pet Shop, Mdm Evelyn Pui who always supports us, Mr. Allan, and all the sponsors present in the competition hall until the end of the program. We hope to work together again for future KCCM programs.
Lastly, KCCM would like to thank all participants who made this program a success. KCCM hopes that this event has provided a platform for you to deepen your knowledge in purebred cat breeding. You were all truly outstanding, competing in a harmonious atmosphere and supporting one another. In any competition, there are winners and losers. However, KCCM ensured that none of you went home empty-handed, with premium and super-premium cat food from the sponsors for this year’s program. Kudos to all!!!
Kudos to KCCM's ring clerks and officials for smooth 2 days program.
KCCM strives to give its best, but the best planning and destiny come from Him. KCCM apologizes if we have offended anyone or if there were any shortcomings on our part. May we be granted long life, good health, and sustenance to meet again in future KCCM programs.
Assalamualaikum wbt, thank you all!!
President of KCCM & Team Kuching WCF International Cat Show 2025