Mommy Cat Homey

Call Website Contact the business

Mommy Cat Homey https://mommycathomey.com

FAITH • FAMILY • FELINES.

WALKING GENTLY THROUGH LIFE AFTER LOSING OUR BELOVED SON MUHAMMAD IZZ QAYYIM BIN ISMAIL,
TRUSTING ALLAH WITH ALL MY HEART.

02/11/2026

"Mommy ni. Suka-suka je panggil oghang elephant."

"Halaaa. Anak Mommy merajuk ke?".

"Tak la merajuk tapi terasa je. Oghang ni bulat pun sebab Mommy jugak."

"Nak kata Mommy bagi makan banyak la tu."

"Tak la. Sebab oghang bahagia duk ngan Mommy."

Sweet talker la sangat anak Mommy yang syomel ni.




24/10/2026

𝗔𝗬𝗨𝗛, 𝗕𝗔𝗕𝗬 & 𝗠𝗜𝗞𝗢! 𝗠𝗜𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗥𝗨 𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔

Harinya telah tiba.

Debaran mula terasa.

Langkah diatur penuh sedia.

Berjuang hingga tamat garis masa.

Hari ini berlangsungnya FIFe World Cat Show 2026 bertempat di EXPO Greater Amsterdam, Vijfhuizen, Belanda.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini disertai 1500 ekor kucing daripada pelbagai baka dan negara, merentas benua Eropah, Amerika dan Asia.

24 Oktober 2026 adalah sesi penjurian untuk memilih kucing yang layak bertanding di peringkat akhir.

25 Oktober 2026 adalah acara akhir Best In Show untuk merebut 34 gelaran ‘World Winner 2026’ mengikut kategori masing-masing.

𝑩𝒂𝒃𝒚, kucing milik Encik Shaharudin Shuib dan Puan Rooaida Mohd Darus yang bertanding dalam kategori 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞𝐜𝐚𝐭 𝐅𝐞𝐦𝐚𝐥𝐞 𝐋𝐨𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢𝐫 (𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐥𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐭𝐢𝐧𝐚) adalah Juara Dunia kategorinya 2 tahun berturut-turut.

Kali pertama di FIFe World Cat Show 2024 Norway dan tahun berikutnya mengekalkan gelaran juara di FIFe World Cat Show 2025 Romania.

Manakala 𝑴𝒊𝒌𝒐, kucing pemilik yang sama turut bertanding bagi kategori 𝐇𝐨𝐮𝐬𝐞𝐜𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐞 𝐋𝐨𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢𝐫 (𝐊𝐮𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐨𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐮𝐥𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧).

Miko menang tempat pertama bagi kategori tersebut pada FIFe World Cat Show 2025 di Romania dan sama-sama bersaing dengan Baby untuk gelaran Juara Dunia, di mana Baby mengekalkan gelaran tersebut buat kali kedua.

Untuk makluman, Housecat adalah kucing yang tiada sijil baka. Juri ada kriteria tertentu untuk menentukan juara.

Mommy berkesempatan bertemu Encik Shaharudin dan Puan Rooaida sebelum mereka berlepas ke Amsterdam pada 19 Oktober baru-baru ini.

Terpegun sekejap melihat kecantikan dan keelokan Baby dan Miko.

Bertambah manis, pemiliknya konsisten memberikan suplemen kucing Nutri Lick sebagai salah satu rutin penjagaan Baby dan Miko.

Sama-sama kita iringi perjuangan Baby dan Miko dengan doa agar mereka beroleh kejayaan yang mengharumkan nama negara sekali lagi.

𝐀𝐥𝐥 𝐓𝐡𝐞 𝐁𝐞𝐬𝐭, 𝐁𝐚𝐛𝐲 & 𝐌𝐢𝐤𝐨!

𝐁𝐢𝐭-𝐭𝐚𝐰𝐟𝐢̄𝐪𝐢 𝐰𝐚𝐧-𝐧𝐚𝐣𝐚̄𝐡̣, 𝐲𝐚̄ 𝐁𝐚𝐛𝐲 𝐰𝐚 𝐌𝐢𝐤𝐨!

𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧, 𝐁𝐚𝐛𝐲 & 𝐌𝐢𝐤𝐨!

Furvit Pet





23/10/2026

Kalau nak tau produk ni bagus ke tidak, tengok sampai habis.

Dialah yang terpaling review produk pun.

🙄



22/10/2026

Tadi, sempatlah Mommy masuk sesi 'live' Mommy Gojes and The Luckypaws.

Sempatlah kami bertegur sapa bertanya khabar.

Sempatlah juga Mommy rakam aksi Baby yang kusyuk menikmati Nutri Lick.

Mommy Gojes adalah pemilik Baby yang sudah 2 tahun berturut-turut memegang takhta Juara Dunia kategori Housecat Longhair di FIFe World Cat Show.

Tahun ini, sekali lagi Baby menyertai pertandingan ini yang diadakan di Amsterdam.

Mommy berkesempatan berjumpa dengan Mommy Gojes ataupun mesra disapa sebagai Kak Aida di KLIA pada 19.10.2026 sebelum beliau berangkat ke Amsterdam bersama suami dan dua anak bulusnya yang menyertai pertandingan tersebut, Baby dan Miko.

Kita sama-sama doakan semoga Baby berjaya mencipta kejayaan ketiganya bergelar Juara Dunia.

Semoga Miko juga bakal bergelar juara dalam kategori yang disertainya.

Manalah tahu, boleh bergelar Juara Dunia juga.

Good luck Baby & Miko!





Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

0122205008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mommy Cat Homey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mommy Cat Homey:

Shortcuts

Share