Galeri Animal Malaysia

Program : Sukarelawan Pendidikan Khidmat MasyarakatPeserta : 8 pelajar Methodist College Kuala Lumpur Tempat : Galeri An...
27/05/2026

Program : Sukarelawan Pendidikan Khidmat Masyarakat
Peserta : 8 pelajar Methodist College Kuala Lumpur
Tempat : Galeri Animal Malaysia
Tarikh : 11 April 2026 (9.00 pagi - 12.00 tengah hari)
Tugasan : Pembersihan sangkar dan menceriakan kucing jalanan dan haiwan yang ada dalam jagaan pusat haiwan ini.
Objektif : Membentuk jiwa perihatin dan pengasih terhadap haiwan melalui kesedaran pendidikan haiwan yang dirangka khusus oleh Akademi Haiwan Malaysia Edu Hub Malaysia
Makanan rasmi : Ossycat
Pasir tofu : SmartCat.My
_______________________________________________
Empat langkah membantu menjayakan aktiviti Animal Malaysia dan haiwan di Pusat Haiwan Galeri Animal Malaysia :

1. 🐈 Sumbangan Bulanan Berterusan (Recurring Donation) :
πŸ‘‰ InfaqPay Go / Direct Debit eMandate. https://infaqpay.my/go/malaysiaanimalassociation

2. 🐈 Sumbangan One Time Donation :
πŸ‘‰ InfaqPay Plus / FPX https://infaqpay.my/plus/malaysiaanimalassociation-donation
πŸ‘‰ T&G E-Wallet https://payment.tngdigital.com.my/sc/bDLnqC40xD
πŸ‘‰ Bank in ( Akaun No : 14041010096055 ) Bank Islam Malaysia Berhad

3. Dapatkan makanan kucing Ossycat untuk bantu program CSR Animal Malaysia :
😻 https://shopee.com.my/ossycat
😻https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8xfNOuaqlk7&_r=1

4. 🐈 dapatkan spray cegah Parvo Virus dan FIP serta produk kegunaan haiwan lain di :
😻 shopee.com.my/maaanimalcare
😻 https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-93Nt69Ib8jg

Serahan haiwan terutama kucing ke Galeri Animal Malaysia ramai bertanya prosedur dan caj serahan. Serahan tidak percuma ...
26/05/2026

Serahan haiwan terutama kucing ke Galeri Animal Malaysia ramai bertanya prosedur dan caj serahan. Serahan tidak percuma dan kadar caj serahan secara reservation masih tidak berubah sejak dari 6 tahun dulu.

Syarat serahan boleh dilihat di foto dalam post ini. Bila orang ramai tanya kenapa kena caj. Jawabnya mudah. Tiada yang percuma di dunia ini. Apatah lagi melibatkan kos operasi seperti sewa tempst, bil elektrik, air, sabun, plastik sampah, makanan haiwan, pasir kucing, perubatan haiwan, gaji kakitangan.

Sekali pon serahan adalah RM250.00 seekor. Jika tempat ini menerima 10 ekor serahan sebulan, kutipan serahan yang diperoleh baru hanya RM2,500.00. Masih jauh dengan kos sewa tempat yang melebihi RM5,000.00 dalam Kuala Lumpur. Belom kos-kos lain yang disenaraikan seperti makanan dan pasir yang tentunya ribuan ringgit sebulan. Boleh fikir sendiri.

Jadi jika nak serahkan tanggungjawab menguruskan haiwan anda ke Galeri Animal Malaysia pastikan ada tanggungjawab menyediakan duit serahan supaya anda tidak menjadi orang yang hanya mahu menikmati tapi tidak menyumbang. Menerima serahan bukan satu nikmat. Tapi satu kos yang panjang.

Lagi p**a ada yang memberi sumbangan dua tiga ribu sepanjang hidup naun menggunakan Galeri Animal Malaysia dengan menghumban kucing berpuluh ekor tanpa rasa bersalah. Ini namanya bukan menyumbang tapi menunggang. Galeri Animal Malaysia dengan tegas tidak berkompromi dengan orang yang dicium mengambil kesempatan.

Tempat ini dibuka kepada orang ramai untuk melawat secara walk in tanpa perlu appointment lawatan setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad dengan bayaran masuk RM10.00 seorang. Jadi datang dan lihat sendiri keadaan di sini berbanding dengar cakap orang berkepentingan yang kecewa tidak dilayan mengikut kehendak mereka lalu marah. Galeri Animal Malaysia mengalu-alukan masyarakat berakal untuk bersama dan menolak masyarakat beremosi dan tidak mampu berfikir dengan akal sendiri. Sila maklum.

Program Pendidikan Khidmat Masyarakat di Galeri Animal Malaysia dibuka kepada :1. Pelajar Universiti / Kolej dan Sekolah...
22/05/2026

Program Pendidikan Khidmat Masyarakat di Galeri Animal Malaysia dibuka kepada :
1. Pelajar Universiti / Kolej dan Sekolah
2. Kakitangan Korporat secara CSR

Pendaftaran dibuka setiap masa dan kelulusan bergantung terma dan syarat antaranya :

1. Kekosongan tarikh yang dipilih.
2. Minimum peserta adalah 5 orang.
3. Masa mula adalah 8.30 pagi hingga selesai tugasan.
4. Sesuai untuk pencinta haiwan atau menyukai haiwan.
5. Bayaran penyertaan hanya RM10.00 seorang.
6. Program ini tidak dibuka kepada orang perseorangan atau individu.

Whatsapp nombor yang tertera di poster untuk penyertaan.

_______________________________________________
Di Galeri Animal Malaysia kucing di sini makan makanan jenama Ossycat dan gunakan pasir tofu SmartCat.My. Bantuan kewangan untuk ringankan kos boleh disalurkan ke :

MAA Animal Care
05600382673
Hong Leong Bank Berhad

19/05/2026

Betapa gembiranya Yellow (coklat) dan Diffi (putih) sedang bermain bersama. Mereka bersahabat baik semenjak berada di Galeri Animal Malaysia. Mereka akan berada di luar sangkar bermain pada waktu siang dan hanya dikurung dalam sangkar apabila waktu ramai pengunjung.

Berminat adopt mereka? Walk in ke Galeri Animal Malaysia untuk lawatan setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad.

_______________________________________________
Di Galeri Animal Malaysia kucing di sini makan makanan jenama Ossycat dan gunakan pasir tofu SmartCat.My. Bantuan kewangan untuk ringankan kos boleh disalurkan ke :

MAA Animal Care
05600382673
Hong Leong Bank Berhad

Anjing putih bernama DiffiAnjing coklat bernama YellowKedua-dua anjing ini adalah betina. Umur antara 5 hingga 6 tahun. ...
16/05/2026

Anjing putih bernama Diffi
Anjing coklat bernama Yellow
Kedua-dua anjing ini adalah betina.
Umur antara 5 hingga 6 tahun.
Diffi berbaka Shiba Inu dan baka Yellow tidak dikenal pasti. Keduanya sedang menumpang sementara di Galeri Animal Malaysia dan dibuka untuk adoption kepada yang berminat.
Keduanya sangat baik, manja, terlatih dan sesuai untuk dipelihara di kediaman landed atau di strata.

Diffi dan Yellow boleh dilawat pada setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Ahad.

_______________________________________________
Di Galeri Animal Malaysia kucing di sini makan makanan jenama Ossycat dan gunakan pasir tofu SmartCat.My. Bantuan kewangan untuk ringankan kos boleh disalurkan ke :

MAA Animal Care
05600382673
Hong Leong Bank Berhad

Anjing betina bernama Diffi berbaka Shiba Inu ini berusia dalam lingkungan 5-6 tahun. Berat badannya mencecah 10 kilogra...
13/05/2026

Anjing betina bernama Diffi berbaka Shiba Inu ini berusia dalam lingkungan 5-6 tahun. Berat badannya mencecah 10 kilogram dan dia telah dimandulkan.

Diffi anjing sihat dan memerlukan keluarga baharu memandangkan terdapat konflik penjagaannya dengan pemilik lamanya.

Orang ramai yang berminat dengan Diffi yang putih melepak ini boleh hubungi Galeri Animal Malaysia melalui Whatsapp 011-7114 7113 untuk saringan kelayakan pemilikan.

Adopter yang berjaya mendapatkan Diffi perlu menguruskan sendiri Lesen Memelihara Anjing dengan Pihak Berkuasa Tempatan tempat kediaman di mana Diffi ditenoatkan selepas membawanya p**ang sebagai keluarga.



_______________________________________________
Di Galeri Animal Malaysia kucing di sini makan makanan jenama Ossycat dan gunakan pasir tofu SmartCat.My. Bantuan kewangan untuk ringankan kos boleh disalurkan ke :

MAA Animal Care
05600382673
Hong Leong Bank Berhad

Galeri Animal MalaysiaπŸ‘‰ Dibuka setiap hari pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Tutup pa...
06/05/2026

Galeri Animal Malaysia

πŸ‘‰ Dibuka setiap hari pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Tutup pada hari Ahad.
πŸ‘‰ Pengunjung perlu daftar nama sebelum masuk untuk sebarang urusan.
πŸ‘‰ Bayaran masuk kehadiran sama ada untuk lawatan, serahan, adoption atau khidmat masyarakat adalah RM10.00 seorang.
πŸ‘‰ Makanan Kucing Rasmi jenama Ossycat boleh didapati di Galeri Animal Malaysia
πŸ‘‰ Lesen Aktiviti Yang Berhubung Dengan Tempat Kurungan dan Perlindungan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (AKH(L)-2025-W-0038)
πŸ‘‰ Permit Pameran Bergerak Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia (W-00307-15-25)

50 ekor kucing berjaya mendapat adopter sepanjang Avenue Katz Adoption Fiesta (2.0) 2026 yang berlangsung selama sembila...
02/05/2026

50 ekor kucing berjaya mendapat adopter sepanjang Avenue Katz Adoption Fiesta (2.0) 2026 yang berlangsung selama sembilan (9) hari bermula 24 April hingga 02 Mei 2026 di Avenue K Shopping Mall Kuala Lumpur.

Program Adoption tahunan paling lama di Malaysia anjuran Avenue K bersama Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association membawakan kucing dari Galeri Animal Malaysia, Petemo Malaysia, Laman Kucing, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti Majlis Perbandaran Hulu Selangor dengan kebersamaan program dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar WPKL dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Terima kaseh penaja program makanan kucing Ossycat dan pasir tofu SmartCat.My serta rakan universiti International University College of Management and Sports - ICMS dan Edu Hub Malaysia.

Tujuan program adoption adalah memperkasakan budaya adopt terhadap kucing jalanan dan mendidik masyarakat supaya mengambil peranan serta tanggungjawab membantu menyambung memelihara dan merawat kucing yang diselamatkan oleh pihak penyelamat. Adopter tidak hanya mengharapkan kucing gebu, sehat dan cantek tetapi turut hulur tangan membantu kekurangan yang ada supaya meringankan liabiliti pusat haiwan dan penyelamat.

Terima kasih Avenue K sebagai penganjur yang memberi ruang serta peluang dan semua rakan strategik Animal Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini.

Avenue Katz Adoption Fiesta 2026 dilanjutkan sehingga esok 02 Mei 2026.Lanjutan tarikh ini bagi memberi peluang kepada o...
01/05/2026

Avenue Katz Adoption Fiesta 2026 dilanjutkan sehingga esok 02 Mei 2026.

Lanjutan tarikh ini bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk hadir melihat 40 ekor kucing yang sedia diadopt.

Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran Avenue Katz Adoption Fiesta anjuran Avenue K bersama Persatuan Haiwan Malaysia dan merupakan program adoption paling panjang iaitu selama sembilan (9) hari di negara ini dan disertai serta disokong oleh rakan strategik seperti Ossycat, Galeri Animal Malaysia, Petemo Malaysia, Edu Hub Malaysia, SmartCat.My, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, International University College of Management and Sports - ICMS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar WPKL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Hari ini juga berlangsungnya Cat Fashion Show dari jam 2.00 petang.

Penyertaan Cat Fashion Show kini dibuka sempena Avenue Katz Adoption Fiesta 2026. Terhad kepada 20 ekor kucing terawal. ...
29/04/2026

Penyertaan Cat Fashion Show kini dibuka sempena Avenue Katz Adoption Fiesta 2026.
Terhad kepada 20 ekor kucing terawal. Hadiah bagi tiga tempat terawal tersedia buat si comel!

Pendaftaran dan syarat penyertaan di QR

Maklumat Cat Fashion Show :
Tempat : Avenue K Atrium, Level G
Tarikh : 01 Mei 2026
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang

Jom beramai-ramai!

Address

NO. 5, Jalan BALAM, TAMAN MILLION
Kuala Lumpur
51100

Opening Hours

Monday 11:00 - 17:00
Tuesday 11:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 17:00
Friday 11:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:00

Telephone

+60166345464

Website

https://shopee.com.my/maaanimalcare

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Animal Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Galeri Animal Malaysia:

Share

Category