31/10/2026
KOTA KINABALU: Cuaca hujan yang menyelubungi Stadium Likas tidak menghalang Sabah FC mempamerkan aksi bertenaga apabila menewaskan Terengganu FC 2-0 dalam aksi Liga Super, malam ini.
Sabah FC membuka tirai jaringan menerusi Enrique Lopez Fernandez atau dikenali K**e Cadete pada minit ke-20 apabila percubaan lambungannya dari jarak jauh gagal ditangani dengan baik penjaga gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin.
Enam minit kemudian, Gonzalo Di Renzo menggandakan kelebihan tuan rumah sekali lagi menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang menembusi penjaga gol pihak lawan.
Baca lanjut di ruangan komen .