29/08/2026
DARI DALAM EXCAVATOR, TERUS DAPAT KERJA TETAP š„¹
Bunyi anak kucing mengiau dari sebuah excavator membuatkan sekumpulan pekerja pembinaan di Ohio, Amerika Syarikat berhenti kerja seketika.
Bila bahagian bawah jentera dibuka, jatuh seekor anak kucing oren yang sangat kecil.
Tak jumpa ibu. Tak jumpa adik-beradik.
Jadi mereka selamatkan dia.
Anak kucing itu kemudian diberi nama Komatsu, sempena jenama excavator tempat dia ditemui. Tapi pekerja di situ panggil dia Sue.
Sue dihantar ke keluarga foster selama kira-kira dua minggu untuk dipulihkan dan dijaga sebelum mendapat rumah tetap bersama Jared, mekanik di River Reach Construction dan keluarganya.
Dan bila sudah cukup besar nanti, Sue akan ikut ke tempat kerja sebagai shop cat mereka.
Cerita Sue kemudiannya viral.
Paling comel, pihak Komatsu sendiri mendapat tahu mengenai kisah ini lalu menghantar hadiah untuk Sue.
Sebuah vest keselamatan kecil.
Dan sebuah hard hat saiz anak kucing. š
Daripada seekor anak kucing yang terperangkap dalam jentera beratā¦
sekarang dah ada rumah, keluarga, uniform,
dan kerja tetap.
Kadang-kadang rezeki datang dari tempat yang kita sendiri tak pernah sangka.
Untuk Sue, rezekinya datang dari bawah sebuah excavator. ā¤ļø