Provet HQ

Provet HQ Vitamin Haiwan Peliharaan No. 1 di Malaysia

Jangan risau! InshaALLAH Provet boleh bantu. Jom guna Provet.
07/03/2024

Jangan risau! InshaALLAH Provet boleh bantu. Jom guna Provet.

Tips kereta rosak di highwayJikalau kereta anda rosak di highway terutama overheated, tak kira dimana saya bagi sedikit ...
18/01/2019

Tips kereta rosak di highway
Jikalau kereta anda rosak di highway terutama overheated, tak kira dimana saya bagi sedikit panduan supaya anda tidak ditipu oleh "tow car" yang sentiasa berkeliaran disepanjang highway.

Anda jangan panik, tarik nafas panjang2 lapangkan dada. Buka bonet dan keluar dari kereta.
Anda relax kejap. Tunggu dalam 1 jam, buka radiator cap perlahan2. Kemudian anda buka cap minyak hitam. Korek sedikit kat dalam atas head tu. Kalau ada minyak beku macam minyak sapi, injin anda dah masuk air dan memang tak boleh ignite. Kalau tidak anda masih selamat. Cari air dan isikan balik radiator anda. Anda pandu perlahan2 ke tol yang terdekat sambil perhatikan temperature anda. Sediakan air banyak2 sebab kalau gasket bakar tapi tak teruk air dalam tangki akan tendang keluar. Pastikan jangan overheat balik. Kalau anda bernasib baik anda boleh sampai rumah.
Andainya kereta anda perlu di tarik. Talipon "tow car" plus, sebab dia orang boleh tarik kereta anda sampai ke tol yang terdekat dengan percuma. Tapi ini selalunya memang lambatlah sebab kadang2 tu mereka ni pun bersekongkol gak dengan sindiket bengkel (bukan semua). Kalau kita sanggup tunggu tak apa.
Kalau anda dihampiri oleh tow car persendirian, dia orang akan cakap macam2 tentang kereta anda, and cuma angguk dan kemudian cakap kat dia orang. "kalau tarik berapa upah". Dia orang ni mesti cakap "kita ada bengkel, kita tarik pergi bengkel". Jangan percaya, anda bargain dengan dia orang suruh tarik ke destinasi yang anda pilih. Biar keluar duit lebih sikit dari pada di tipu
Pengalaman di bengkel apabila kereta kita di tarik.
Bila kereta kita kena tarik kat bengkel, pertama sekali dia orang akan tanya ialah "ini kereta berhenti sendiri ka boss". Dan kalau sah kereta anda memang overheat, mereka akan buka tudung minyak kereta dan bau, "boss punya kereta gasket sudah bakar, ini kereta tak boleh jalan". Tanya dia orang macam mana tahu, dia orang akan cakap macam2.
Jangan biarkan dia orang terus buka injin anda. Pekerja dia orang ni macam dah diajar. Bila kereta sampai je, terus dia orang berlumba2 buka head kereta. Bila dah buka injin, anda dah tak boleh buat apa2 dah.
Bincang dulu, pastikan anda tahu apa yang rosak. Kemudian tanya harga yang akan dikenakan dan apa yang perlu ditukar. Beritahu dia orang jangan buka selagi anda tak setuju.
Kalau anda rasa macam nak kena tipu anda cakap yang anda nak tow kereta ni balik rumah. Cakap je anda tak ada duit. Dia orang mesti akan charge anda. Tak apa anda bagi je berapa dia orang nak paling kurang pun dalam RM200.00. Lebih selamat tarik balik rumah kemudian cari bengkel yang anda percaya.

Ini untuk yang rosak dalam lingkungan kawasan anda tinggal. Kalau anda outstation dan rosak di tempat asing, pandai2lah cari kawan.

Lagi satu, setiap orang bila beli kereta, carilah bengkel dan buat kawan dengan tuan punya atau sekurang2nya pomen2 yang repair kereta. Ini lebih selamat sebab kita dah ada mutual understanding dengan mereka dan senang berurusan.

TIP PENJAGAAN MINYAK HITAM DAN FUNGSI MINYAK PELINCIRFungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinderMINYAK pelincir ata...
18/01/2019

TIP PENJAGAAN MINYAK HITAM DAN FUNGSI MINYAK PELINCIR

Fungsi minyak pelincir sejukkan geseran silinder

MINYAK pelincir atau lazim disebut minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar.

Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya.Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar.

Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi, ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain.

Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar. Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air.Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta.

Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis model kenderaan.Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama.

Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir. Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir.Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas.

Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar.Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu.

Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh.

Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam.Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda.Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan

AWAS JANGAN SAMPAI TERTIPU APABILA MEMBELI TAYAR . ANDA HARUS KONGSIKAN INFO NI !Keadaan tayar yang baik sememangnya aka...
18/01/2019

AWAS JANGAN SAMPAI TERTIPU APABILA MEMBELI TAYAR . ANDA HARUS KONGSIKAN INFO NI !

Keadaan tayar yang baik sememangnya akan memastikan pemanduan anda lebih terkawal juga tidak melibatkan kemalangan yang tidak diingini. Bagi seorang pemandu yang kerap memandu, mereka akan tahu bila mana perlu untuk menukar, atau mengisi angin tayar kenderaan, setelah merasai perbezaan pemanduan.

Namun begitu, sukar untuk mendapatkan tayar yang berkualiti baik, dengan harga yang mampu milik. Lebih-lebih lagi jika perlu menukar beberapa biji tayar pada satu-satu masa, ini mungkin akan memeningkan kepala sedikit. Hendak menggunakan tayar simpanan, ia bukanlah boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Bila mana hendak menukar yang baharu, risau juga takut-takut nanti tersalah beli tayar, atau tidak pasti untuk membeli tayar baharu atau ‘tayar korek’. Lagi-lagi kalau tidak punya ilmu yang banyak mengenai tayar kereta ini. Disebabkan itu, saudara Wan Maleque kongsikan beberapa maklumat penting mengenai tayar yang anda perlu tahu, sebelum membuat keputusan untuk membeli, jom kita baca perkongsiannya.

Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, pergi lah kedai tayar area Taiping, minta dorang cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak tak nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yang second tayar korek pun RM80. Yang baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.

"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula-mula dorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15'.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar. Dorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu
Semoga dapat manfaat bersama. Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka

Tercatat Di Sisi Tayar. Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA

Address

Cyberjaya Bizhub Centre
Cyberjaya
63000

Telephone

+60107937466

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Provet HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category