Penternakan & Pertanian PMC

Penternakan & Pertanian PMC Projek penternakan dan pertanian campuran yang diusahakan untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan

Aloe Vera Barbados10 April 2022Induk aloe vera jenis Barbados dikeluarkan dari pasu dan anak-anak yang terhasil juga dia...
10/04/2022

Aloe Vera Barbados
10 April 2022

Induk aloe vera jenis Barbados dikeluarkan dari pasu dan anak-anak yang terhasil juga diasingkan.

InsyaAllah esok kita pindahkan ke tanah ladang.

Semaian Ketum Ayam Diteruskan8 April 2022Hari ini 12 keratan batang yang telah keluar daun dipindahkan ke tanah.Kali ini...
08/04/2022

Semaian Ketum Ayam Diteruskan
8 April 2022

Hari ini 12 keratan batang yang telah keluar daun dipindahkan ke tanah.

Kali ini kami tanam di lereng tanah supaya akar dari pokok ini pegang tanah.

Semaian Pandan Wangi8 April 2022Enam pokok yang telah besar dilakukan hari ini. Daun pandan ini kecil dan memberikan bau...
08/04/2022

Semaian Pandan Wangi
8 April 2022

Enam pokok yang telah besar dilakukan hari ini. Daun pandan ini kecil dan memberikan bau yang lebih wangi berbanding pandan daun besar.

Semaian Mahkota Nanas7 April 2022Mahkota nanas ini kami dapat semasa melawat rakan tani kami di Linggi, Negeri Sembilan....
07/04/2022

Semaian Mahkota Nanas
7 April 2022

Mahkota nanas ini kami dapat semasa melawat rakan tani kami di Linggi, Negeri Sembilan.

Semoga semaian ini akan bawakan hasil nanti InsyaAllah.

Aloe Vera Spesis Barbados7 April 2022Beberapa anak aloe vera spesis Barbados mula ditanam hari ini.Isi aloe vera jenis i...
07/04/2022

Aloe Vera Spesis Barbados
7 April 2022

Beberapa anak aloe vera spesis Barbados mula ditanam hari ini.

Isi aloe vera jenis ini kami buat makan dengan diproses menjadi kiub. Dimakan mentah dan amat melegakan perut.

Pokok Tebu Telur7 April 20223 rumpun tebu telur ni telah ditanam dalam pasu sebelum ini dan hari ini kami pindahkan ke a...
07/04/2022

Pokok Tebu Telur
7 April 2022

3 rumpun tebu telur ni telah ditanam dalam pasu sebelum ini dan hari ini kami pindahkan ke atas tanah.

InsyaAllah, pokok tebu ini akan membesar dengan lebih cepat.

Pemasangan Tangki Bilik Air7 April 20225 Ramadhan, kerja² pemasangan tangki untuk bilik air dilakukan hari ini.4 tiang m...
07/04/2022

Pemasangan Tangki Bilik Air
7 April 2022

5 Ramadhan, kerja² pemasangan tangki untuk bilik air dilakukan hari ini.

4 tiang mengunakan kayu yang ditebang dari dalam kawasan ladang. Tangki p**a bersaiz 100 gallon.

Siap pembinaannya hari ini, Alhamdulillah.

Pemindahan Pokok Ketum Ayam6 April 202212 pokok telah dipindahkan dari pot semaian ke atas tanah ladang.Beberapa keratan...
06/04/2022

Pemindahan Pokok Ketum Ayam
6 April 2022

12 pokok telah dipindahkan dari pot semaian ke atas tanah ladang.

Beberapa keratan batang juga disemai ke dalam plastik hitam dengan mengunakan medium topsoil yang diambil dari kawasan dalam ladang.

Semaian ini ditempatkan di dalam Nurseri Sementara untuk pastikan semua dapat membesar dengan baik.

Progress Diteruskan6 April 2022Ramadhan ke-4, kerja pembinaan diteruskan. Aktiviti hari ini ialah meneruskan pembinaan b...
06/04/2022

Progress Diteruskan
6 April 2022

Ramadhan ke-4, kerja pembinaan diteruskan. Aktiviti hari ini ialah meneruskan pembinaan bilik air 8x8 kaki.

Hari ini pemasangan dinding depan dan pintu PVC serta detailing cement board pada bahagian sudut.

InsyaAllah esok akan diteruskan dengan proses filling dan painting.

PMC adalah satu usaha atau inisiatif "Food Security" untuk membantu negara secara amnya untuk mengatasi masalah kekurang...
05/04/2022

PMC adalah satu usaha atau inisiatif "Food Security" untuk membantu negara secara amnya untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.

Kami akan berusaha untuk menghasilkan:

Ayam Kampung Kacuk
Telur Ayam Kampung
Telur Itik (Segar & Masin)
Lembu
Kambing
Pelbagai Anak Pokok

Semoga usaha ini dapat meringankan sedikit beban negara dalam mengatasi masalah kekurangan makanan berkualiti.

Bekalan Air BersihPenternakan mahupun pertanian amat memerlukan bekalan air bersih yang mencukupi. Lebih baik kualiti ai...
05/04/2022

Bekalan Air Bersih

Penternakan mahupun pertanian amat memerlukan bekalan air bersih yang mencukupi. Lebih baik kualiti air, maka lebih baik hasil keluaran ladang.

Kami amat bersyukur kerana di dalam ladang terdapat anak sungai yang jernih dan tidak kering walaupun cuaca panas berterusan.

Address

Kampung Batu 3
Batu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penternakan & Pertanian PMC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share