25/06/2022
CARA MENGURUS KUCING SPORO
Kucing berpenyakit sporo mudah dirawat, tetapi perlu berhati-hati kerana penyakit ini bersifat zoonotik, iaitu berjangkit kepada manusia. Sekiranya anda berhasrat merawat sendiri, maka elok ikuti cara mengurus kucing sporo dengan betul untuk kurangkan risiko jangkitan. Selain mengelakkan risiko, kaedah mengurus yang baik juga mempengaruhi kesan rawatan pada kucing.
1.Kenal Pasti Penyakit
Kenal pasti samada kucing telah dijangkiti penyakit sporotrichosis dengan melihat simptom penyakit sporo.
2. Kuarantin
Kuarantin kucing yang sakit. Jangan biarkan dia merayau atau lepas bebas. Ikuti cara kurung kucing sporo yang betul boleh cepatkan tempoh rawatan.
3.Kuarantin Berasingan
Jika lebih daripada seekor yang sakit sporo, kurunglah berasingan (tidak diletak dalam sangkar yang sama). Jika dikurung bersama, fungus akan saling jangkit dab ini menyebabkan rawatan tidak berkesan atau s**ar sembuh.
4.Pereksa Kucing Lain
Jika anda pelihara banyak kucing, pereksa yang lain untuk lihat kemungkinan.
5. Pastikan Tempat Sentiasa Kering
Fungus sporo cepat membiak dalam suasana lembab (damp). Jadi pastikan tempat letak kucing sentiasa kering. Contohnya jangan letak sangkar berhampiran bilik air atau longkang yang sentiasa berair.
6. Segera Rawat
Penyakit sporo sangat cepat merebak. Rawatan awal dapat mencegah daripada parah dan menambahkan peluang untuk sembuh.
Jangan tunggu sehingga kucing semakin kurus, hidung mula tersumbat dan tidak berselera makan. Kerana pada tahap ini, rawatan menjadi s**ar dan renyah.
7. Jangan Bermain Dengannya
Boleh bermain tapi mesti berwaspada berana risau jika tergigit atau tercakar akan terkena jangkitan.
8. Jangan Mandian Lama-Lama
9.Cuci Luka Atau Kudis Sporotrichosis
10. Jangan Buang
Penyakit ini boleh dirawat. Pelbagai ubat moden yang dicipta untuk merawat . Disamping itu degna penggunaan makanan tambahan atau vitamin seperti Royal Pet dan Biovet dapat mencegah daripada penyakit ini berlaku.