Mudalib Uthman

Mudalib Uthman Pembela Anda Semua Pembela Anda Semua
Calon No.3 P.134 Masjid Tanah
Pengasas Bersama Parti MUDA

Dalam apa jua keadaan, kebenaran sentiasa datang lambat. Yang sentiasa pantas, hype, ligat, cepat, terkehadapan selaluny...
30/07/2026

Dalam apa jua keadaan, kebenaran sentiasa datang lambat.

Yang sentiasa pantas, hype, ligat, cepat, terkehadapan selalunya golongan cemerkap, sloppy dan Akmal Saleh.

Tak jumpa perkataan sakau, curi atau rompak dalam RCI Tabung Haji?Der, RCI bukannya laporan polis budak hilang tabung ay...
29/07/2026

Tak jumpa perkataan sakau, curi atau rompak dalam RCI Tabung Haji?

Der, RCI bukannya laporan polis budak hilang tabung ayam. Memanglah kau tak jumpa perkataan itu.

Dan tak ada siapa pun kata penyimpan Tabung Haji itu penyakau. Tak ada siapa pun kata orang yang dapat subsidi haji itu perompak.

Yang orang dok persoalkan ialah orang yang mengurus duit Tabung Haji. Takkan itu pun susah sangat nak beza?

Yang RCI tanya mudah sahaja.

Hibah itu dibayar ikut kemampuan sebenar atau tak? Aset dengan liabiliti dilaporkan dengan betul atau tak? Risiko pelaburan diurus elok atau main redah? Lembaga dan pengurusan buat kerja mereka atau tak?

Itu je, der.

Lagi satu, “Rakyat dapat manfaat,” bukan bukti pengurusan itu betul.

Kalau kerajaan hulur bantuan RM1,000 guna duit institusi yang sebenarnya dah tak mampu pun tanggung beban, rakyat yang terima bantuan itu tak salah.

Yang kena jawab ialah orang yang luluskan keputusan itu. Simple as that.

Der ada tulis,

“Hibah tinggi tak apa, selagi ikut Akta.”

Ya. Itulah yang sedang dipersoalkan.

Seksyen 22 Akta Tabung Haji mensyaratkan aset mesti melebihi liabiliti selepas hibah diagihkan.

Jadi persoalannya bukan siapa yang menerima hibah.

Persoalannya ialah sama ada pihak yang meluluskannya benar-benar mematuhi Akta dan menjaga kedudukan kewangan Tabung Haji.

Niat membantu umat Islam, nak bantu mak ayah naik haji memang baik. Tak ada siapa pertikaikan. Tetapi niat yang baik bukanlah lesen untuk buat keputusan kewangan sesuka hati.

Last, saya setuju dengan der. Ya, seseorang hanya boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah selepas melalui siasatan, pendakwaan dan perbicaraan yang adil.

Tetapi kita tak perlu tunggu seseorang masuk penjara sebelum boleh mengatakan berlaku kegagalan tadbir urus, kelemahan pengawasan atau kecuaian dalam pengurusan.

Mahkamah menentukan sama ada seseorang melakukan jenayah.

RCI p**a menyiasat fakta, mengenal pasti kegagalan sistem dan mencadangkan penambahbaikan.

Itu fungsi yang berbeza.

Jadi lawak sangatlah kalau sebab tak jumpa perkataan sakau, curi atau rompak, der terus buat kesimp**an bahawa semua keputusan pengurusan Tabung Haji ketika itu semestinya betul.

Ini saya bagi contoh ya der, dalam laporan RCI itu, tak ada satu pun perkataan bodoh. Itu tak bermakna semua keputusan yang telahpun ahli parti der buat itu adalah bijak.

Faham tak der?

Muka menyampah budak office kau tapi bapak dia CEO company.
25/07/2026

Muka menyampah budak office kau tapi bapak dia CEO company.

24/07/2026

Mesti Hamzah rasa orang akan basah spender bila dengar nama Perikatan Barisan Nasional yang dia bagi. Konon paling best dah tu.

Yang Berhormat Marco RubioSetiausaha NegaraJabatan Negara Amerika Syarikat2201 C Street, NWWashington, D.C. 20520Yang Be...
22/07/2026

Yang Berhormat Marco Rubio
Setiausaha Negara
Jabatan Negara Amerika Syarikat
2201 C Street, NW
Washington, D.C. 20520

Yang Berhormat Setiausaha Rubio,

Kami tulis surat ini sebab kami cukup risau dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, yang kata kerajaan dia akan cari dan terus halau mana-mana rakyat Israel yang dijumpai ada dalam Malaysia.

Sejak beribu-ribu tahun, orang Yahudi di seluruh dunia dah banyak kali jadi mangsa keadaan macam ini. Bila orang mula benci, fitnah dan halau depa, selalunya benda itu akan jadi makin teruk. Sebab itu kami rasa Amerika Syarikat kena bangkit lawan antisemitisme ini.

Malaysia tak iktiraf Israel pun dah cukup membimbangkan. Tapi yang lagi tak boleh terima, bila seorang Perdana Menteri secara terbuka kata negara dia akan buru dan halau rakyat negara sekutu rapat kami semata-mata sebab depa rakyat Israel. Duit cukai rakyat Amerika tak patut diguna untuk sokong benda macam ini.

Kerajaan Malaysia juga masih ada hubungan terbuka dengan Hamas. Pejuang Hamas pun didakwa pernah mai berlatih dekat Malaysia. Kerajaan Malaysia dilihat mengalu-alukan pengganas, tapi dalam masa yang sama menyasarkan orang Yahudi.

Malaysia dapat bantuan keselamatan daripada Amerika Syarikat, termasuk melalui program International Military Education and Training (IMET) yang membiayai anggota tentera Malaysia pi terima latihan ketenteraan profesional dekat Amerika. Malaysia juga banyak dapat manfaat daripada teknologi dan pasaran Amerika.

Dengan pengaruh diplomatik yang Amerika ada, kami percaya Amerika kena bagi jelas dekat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan dia bahawa bila Amerika bagi bantuan dan sokongan, kami juga mengharapkan Malaysia tak sasar rakyat salah sebuah sekutu paling rapat kami.

Sebab itu kami minta supaya hubungan keselamatan dan ekonomi antara Amerika dengan Malaysia dikaji semula, bagi pastikan hubungan itu betul-betul memberi manfaat kepada Amerika.

Kami juga minta Jabatan Negara jelaskan apa tindakan yang dah diambil terhadap kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kami gesa supaya semua saluran yang ada diguna bagi bagi tau Malaysia yang tindakan macam ini ada akibat.

Kalau Malaysia masih tak tarik balik dasar yang depa anggap diskriminasi ini dalam tempoh 15 hari, kami minta pembiayaan program IMET digantung.

Yang benar,

Greg Landsman
Josh Gottheimer
Jimmy Panetta
Dan Goldman
Debbie Wasserman Schultz
Jared Moskowitz
Brad Sherman
Jake Auchincloss

Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat

“Dikhabarkan Tunku gering…”Che GuBard punya sembang….
17/07/2026

“Dikhabarkan Tunku gering…”

Che GuBard punya sembang….

Bincangkan.
09/07/2026

Bincangkan.

Delete apa tuuuu…
25/06/2026

Delete apa tuuuu…

Tengok gaya aku menulis sebelum-sebelum ini, memang mati-mati ingat yang aku tak ada chance langsung jadi MB.Tapi tengok...
19/06/2026

Tengok gaya aku menulis sebelum-sebelum ini, memang mati-mati ingat yang aku tak ada chance langsung jadi MB.

Tapi tengok pada gaya ini, peluang kembali bersinar.

Address

Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mudalib Uthman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mudalib Uthman:

Shortcuts

Share

Category