25/05/2025
Selamat Hari Ibu dari Medivet Group of Companies!
Kami sangat berbesar hati dapat menyertai Fiesta Hari Ibu yang berlangsung pada:
📅 Ahad, 25 Mei 2025
📍 Dewan Masyarakat Bakubang, Taman Setapak
Dalam semangat menghargai ibu dan komuniti, Medivet Group bersama anak syarikat kami – Animal Medical Centre, Pets Corner Sdn Bhd, dan Malaysian National Animal Welfare Foundation (MNAWF) – telah berkongsi ilmu dan kasih sayang untuk haiwan kesayangan anda!
Apa yang kami sumbangkan?
🩺 Pet Care Talk – Tips penjagaan haiwan.
🎁 Sampel makanan haiwan (Advance Affinity,Drools & Signature grainzero) percuma – Diedarkan oleh Pets Corner untuk si manja anda!
❤️ Sokongan komuniti melalui inisiatif MNAWF
Acara penuh meriah dengan pemeriksaan kesihatan, pertandingan ibu bergaya, cabutan bertuah, dan banyak lagi!
Terima kasih kepada Persatuan Penduduk Taman Setapak atas jemputan ini.
Kami berbangga menjadi sebahagian daripada sambutan yang bermakna ini.